Wednesday, September 9, 2009

Ganyang II? Hentikan konfrantasi, tingkatkan integrasi

Ganyang Malaysia! Pergeseran antara Malaysia dan Indonesia gara-gara isu tarian Pendet yang disiarkan seolah-olah tarian Malaysia dalam sebuah iklan oleh Discovery Channel sampai kemuncaknya apabila Jalur Gemilang dibakar di sebuah universiti terkemuka di Yogyakarta.

Apa pun perdebatan mengenai tarian Pendet atau mana-mana lagi isu berbangkit antara kedua-dua negara ini, yang pastinya ada sedikit ketidaksefahaman yang sudah lama wujud dalam perhubungan dua hala Malaysia-Indonesia – kalau tidak di peringkat Kerajaan pun, tetapi di peringkat warga biasa.

Dengan persamaan tradisi, sejarah, budaya, bahasa, agama dan rumpun bangsa, persefahaman Malaysia-Indonesia yang baik juga boleh menjadi asas kepada ASEAN yang lebih bersatu. Sayugia diingatkan bahawa kedua-dua negara kita kini melangkah masuk ke era globalisasi yang menuntut lebih kerjasama serantau bagi menjana kebaikan bersama, terutamanya dari sudut kemajuan ekonomi. Untuk itu, peranan ASEAN yang lebih mantap amat diperlukan, dan hubungan Malaysia-Indonesia mampu merangka gagasan 1ASEAN menjadi badan serantau yang berdaya saing dan lebih berintegrasi .

Walaupun timbul isu-isu kontroversi kebelakangan ini - baik dari segi isu Tenaga Kerja Indonesia (TKI), pencerobohan Ambalat, terorisme warga Malaysia Nordin Mat Top hatta konflik Manohara mahupun tarian Pendet - hubungan unik ini perlu diberi perhatian sewajarnya agar penularan nasionalisme sempit dan agresif di kalangan rakyat kedua-dua negara dapat dibendung.
Semuanya BERPUNCA akibat satu salah faham mengenai tarian pendet dipaparkan dalam iklan Discovery Channel seakan berasal dari Malaysia, walhal pihak Malaysia tidak terbabit pun dalam penghasilan iklan tersebut.Soal pencurian budaya ini tidak wajar dilemparkan sewenang-wenangnya oleh pihak Indonesia, terutamanya apabila kedua-dua negara berkongsi tamadun dan warisan, serta banyak mempengaruhi antara satu sama lain semenjak berkurun-kurun dahulu. Kita tidak mempersoalkan hakikat tarian Pendet itu berasal dari Bali, tetapi mana mungkin kita dapat melabel sesuatu aspek budaya itu sebagai 100% Indonesia, atau 100% Malaysia, sedangkan perkongsian budaya itu sudah lama berlaku sebelum lahirnya konsep negara-bangsa .

Sesudahnya Kerajaan Malaysia menjelaskan kesilapan yang tidak sengaja atas isu pendet ini demi meredakan keadaan, perasaan marah dan benci dari dalam Indonesia dilihat masih berkobar-kobar. Meskipun Malaysia sanggup berkompromi dengan harapan menutup episod ini, “hackers” Indonesia bertindak menggodam laman-laman web Malaysia pada ulangtahun kemerdekaan ke-52 Malaysia, kutukan dan cacian terhadap Malaysia sebagai ‘ Malingsia @ negara pencuri’ diteruskan di forum dan platform maya, manakala demonstrasi agresif dianjurkan oleh para mahasiswa Indonesia di Kedutaan Malaysia sehinggakan kehadiran pelajar Malaysia di kampus Universitas Gadjah Mada di Yogyakarta pun membawa kepada protes yang sudah berbaur diskriminasi.

Rakyat Indonesia perlu memahami bahawa di Malaysia juga sensitif dan marah apabila melihat dan mendengar negara ini dilabel dengan deskripsi negatif dan kata-kata kesat, disamping bendera kebanggaan Jalur Gemilang dibakar tanpa sedikit pun rasa hormat. Belum diambil kira ugutan buluh runcing di Jl Diponegoro dan dakwaan pemuda kebal berani mati mereka yang bersedia bertempur.

Walaupun hakikatnya tindakan anti-Malaysia melampau yang dilaporkan ini tidak menggambarkan perasaan seluruh warga Indonesia. Namun, jangan kerana sikap dan sentimen sebahagian dari warga Indonesia, orang Malaysia di sini mula menanam benih-benih kebencian terhadap Indonesia sekaligus mengorbankan tradisi hubungan istimewa antara Malaysia dan Indonesia dan merugikan sesama kita. Yang paling nyata, kebergantungan ekonomi melalui peluang pekerjaan dan perniagaan antara Malaysia dan Indonesia masih cukup penting.

Menjadi harapan supaya kedua-dua belah pihak boleh memainkan peranan untuk memastikan kontroversi ini tidak berlanjutan sehingga mendatangkan perkara atau insiden yang lebih buruk. Ayuh mari kita bangkit bersuara untuk menghentikan sengketa ini, demi kebaikan Malaysia, Indonesia, Melayu Raya dan rantau ASEAN amnya.

4 comments:

YANG GAMBI said...

Salam, begitulah kalau hidup tidak berilmu, berfikiran jumud dan tidak bekerja, segala-galanya akan dilakukan demi mengisi perut asal ada upahnya.

Cuba tanya pada mereka, berapa juta warga yang ada di Jakarta sahaja yang hanya mampu makan sekali sehari, berapa juta yang tidak ada makanan sampai 3 hari setrusnya seminggu.

Berapa juta kaum bukan peribumi yang ada jika dibandingkan dengan peribumi sndiri, siapa yang menguasai ekonomi sehingga peribumi merempat ke negara lain untuk mencari rezki.....

Biarlah mereka, sesungguhnya golongan ini mudah diperdaya dengan hasutan demi hidup......

Wak Karto Jr said...

SEtuju....Malaysia byk bg muka pd Indon ni, cube bayangkan berapa byk jenayah diaorg dah lakukan pd kita? Apa kata kita buat plak "Nyah Indon" dari bumi Malaysia...lain kali kadar ke diri bangsa pendatang!!!!

Muhammad faiz mahayudin said...

sampai bila mereka ingin bermusuh, mereka yang terlibat tidak mempunyai daya pemikiran yang rasional untuk membina perhubungan malah memperlihatkan ke angkuhan yang membawa pengseketaan.

SaKa AdiWangsa said...

Yang GAmbi : Masalahnya ini ditimbulkan oleh segelintir pihak yang mmg kerja di demo je, bukan mewakili seluruh Indonesia...kena cari dalang yang timbulkan suasana konflik ini
Faiz : You're right, kena rasional dan jangan emosional, isu2 picisan pun nak diambil kira, mcm mana nak hidup muafakat
Wak Karto : Orang Malaysia mmg baik dan budiman..itulah jadinya