Thursday, September 17, 2009

Himpunan 10,000 Anak Pahang di PICC?



Satu Himpunan Mahasiswa & golongan Profesional Muda anak Pahang seluruh negara melibatkan hampir 10 ribu orang akan diadakan pada 17 Oktober 2009 , dan mengikut sumber-sumber, ia akan diadakan di Putrajaya International Convention Centre (PICC).
Difahamkan majlis ini diadakan bersempena 10 tahun penubuhan badan gabungan mahasiswa anak Pahang di institusi pengajian tinggi di seluruh negara, MAMPAN . Ia juga menandakan sedasawarsa hubungan akrab wal mesra pimpinan politik negeri Pahang, YAB Menteri Besar Pahang, Long Nan dengan golongan muda terutamanya mahasiswa.
Selain itu, usaha sedang digerakkan untuk mendapatkan bekas Perdana Menteri, YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad, negarawan ulung untuk menyampaikan syarahan perdana kepada mahasiswa Pahang dan golongan profesional muda.
Ironinya, program ini akan dapat meneruskan momentum sokongan golongan muda terhadap kepimpinan politik negeri dan negara.

2 comments:

YANG GAMBI said...

Salam, agak malang juga bila anak Pahang tertumpang lahir di luar Pahang, tak di terima menjadi ahli MAMPAN.

Selamat Hari Raya, maaf jua yang dipinta....

Pahang Today.com said...

10 tahun BN memperkudakan mahasiswa! Nonsense...setakat program makan2 menghabiskan duit rakyat! BUktikanlah yang yayasan tidak membazirkan duit RAKYAT