Friday, March 19, 2010

Pelajar gagal SPM 2009 akan dibantu: Muhyiddin


PUTRAJAYA: Kementerian Pelajaran dan Kementerian Sumber Manusia akan berbincang bagi menyediakan kaedah terbaik membantu pelajar yang kurang berjaya dan gagal dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran berkata, pihaknya serta agensi berkaitan akan memikirkan inisiatif bagi membantu pelajar terbabit menguasai kemahiran sesuai supaya mampu meningkatkan bidang pelajaran dan kerjaya mereka.
Kementerian Pelajaran juga tidak akan meminggirkan sekolah yang memperoleh pencapaian yang rendah. "Kita akan terus berusaha merapatkan jurang pencapaian gred purata sekolah terutamanya antara sekolah luar bandar dan sekolah bandar," katanya ketika berucap pada majlis Anugerah Kecemerlangan SPM 2009 di sini hari ini. Pada majlis itu, Muhyiddin menyampaikan sijil penghargaan kepada 10 sekolah pencapaian cemerlang SPM 2009, 10 pelajar cemerlang serta empat pelajar istimewa dan dua pelajar sekolah sukan cemerlang.


(GPMS Pahang amat bersetuju dengan usaha berterusan kerajaan untuk menyediakan ruang dan peluang kepada golongan "drop-out" @ tercicir ini melalui kaedah dan pendekatan yang lebih hands-on, ini kerana golongan ini kurang kecenderungan kepada kaedah berorientasikan akademik sebaliknya lebih berminat menceburi bidang vokasional, teknikal atau bersifat kemahiran . Wujudkan lebih banyak tabung atau dana kemahiran untuk membantu mereka didedahkan dengan latihan dan asas teknikal secara "hands-on" spt yang diamalkan di negara maju yang lain Jepun dan Jerman yang menitikberatkan aspek kemahiran vokasional sejak awal lagi .)

PM Garis Empat Elemen Bagi Malaysia Jadi Hab Pendidikan Serantau


PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak telah menggariskan empat elemen bagi Malaysia muncul sebagai hab pendidikan serantau, dengan pertamanya komitmen mantap kepada kecemerlangan akademik dan program berdasarkan merit.

Perdana Menteri berkata elemen kedua membabitkan inklusi sosial di mana golongan miskin dan yang terpinggir diberi peluang untuk berjaya.

"Mereka tidak boleh ketinggalan dalam mengejar arus pembangunan di peringkat tertinggi," katanya semasa berucap melancarkan Yayasan Jeffrey Cheah di Bandar Sunway di sini malam semalam.

Penaung Diraja Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah turut hadir pada majlis itu.

Elemen ketiga, menurut Najib, adalah memantapkan lagi kaedah pendidikan negara dengan mengguna pakai amalan terbaik antarabangsa.

Elemen terakhir adalah memupuk kumpulan graduan cemerlang dalam pemikiran strategik dan kreativiti.

"Semua elemen ini adalah kritikal jika Malaysia ingin bersaing dengan negara terbaik di persada antarabangsa," kata Najib.

Selain itu, katanya kemahiran berkomunikasi dan penguasaan bahasa lain termasuk Inggeris adalah penting.

Beliau turut menegaskan bahawa sokongan sektor swasta adalah mustahak bagi Malaysia mencapai wawasan menjadi hab pendidikan bagi rantau ini

"Mengiktiraf sektor pendidikan sebagai kunci dan jentera pertumbuhan dan transformasi negara, maka kami sedang menimbang insentif tambahan bagi menyokong sektor itu bagi memastikan sistem pendidikan memenuhi keperluan semasa dan masa depan," katanya.

Najib menjelaskan Model Ekonomi Baru akan mementingkan usaha memupuk kreativiti dan inovasi dan dalam hubungan ini, adalah penting bagi universiti awam dan tempatan menumpukan kepada aplikasi penyelidikan dan inovasi serta membangunkan kemahiran berfikir.

Dalam ucapannya juga, Najib meminta semua sekolah dan institusi pengajian tinggi supaya memperkukuhkan falsafah gagasan 1Malaysia 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'.

"1Malaysia merupakan satu cara kehidupan dan mencerminkan komitmen tidak berbelah bagi oleh kerajaan dalam membentuk satu Malaysia kepada Semua Rakyat Malaysia - tempat yang menghargai dan menilai penerimaan dan menyambut kepelbagaian," jelasnya.

Pada majlis itu, pengasas dan pengerusi Kumpulan Sunway, Tan Sri Jeffrey Cheah menyumbang RM20 juta kepada yayasan tersebut.

Najib berkata penubuhan yayasan itu merupakan contoh cemerlang badan korporat dan nilai bermurah hati yang masih segar di Malaysia.

"Saya harap usaha ini menjadi contoh kepada pengusaha dan tokoh perniagaan lain untuk mengikutinya," katanya. - BERNAMA

Thursday, March 11, 2010

Majlis Perwatikahan dan Perasmian Kem Kepimpinan Pengawas SMK Pandan



MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH OLEH YB DATO MANAN

AHLI MAJLIS TERTINGGI GPMS PAHANG BERFOTOGRAFI BERSAMA PENASIHAT GPMS PAHANG ...MEMORI
PIMPINAN PELAJAR MENDENGAR CERAMAH DENGAN PENUH KONSENTRASI DEMI KEMAJUAN POTENSI DIRI DAN SEKOLAH..
PENASIHAT GPMS PAHANG, TUAN MUSTAPA MENYAMPAIKAN CERAMAH KOMUNIKASI BERKESAN KEPADA 200 ORANG PEMIMPIN PELAJAR SMK PANDAN

PROGRAM ANJURAN BERSAMA YAYASAN PELAJARAN MARA (YPM) , GPMS PAHANG DAN SMK PANDAN HASIL INISIATIF S/U, CIKGU NASRUL @ KEM KOMANDAN, DIRASMIKAN OLEH YB DATO HJ ABDUL MANAN ISMAIL, AHLI PARLIMEN PAYA BESAR

Monday, March 8, 2010

Himpunan SEDEKAD MAMPAN di MMU Cyberjaya (1999-2009)


MAJLIS PELANCARAN FACEBOOK MB PAHANG, ADNAN YAAKOB

PERSEMBAHAN OLEH AIZAT AMDAN, OGHANG RAUB

10 TAHUN- SEDEKAD MAMPAN MENABUR BUDI MENJANA GENERASI

SESI FOTOGRAFI MKM MAMPAN BERSAMA MANTAN PRESIDEN, SDR EMRIL, ALI RAZAK DAN AZRUL KHAIRI aka KAREM (semuanya AMT GPMS Pahang)

YAB MENTERI BESAR MENYAMPAIKAN KALAM AMANAT TERHADAP 2,000 MAHASISWA PAHANG, INI MEMBUKTIKAN TOK NAN MMG "MESRA PELAJAR"
SENARAI PRESIDEN MAMPAN (1999-2010)

1. ABDUL RAZAK AHMAD - UIA - PEGUAM
2. WAN EMRIL NIZAM WAN EMBONG - UIA - PENSYARAH
3. ALI ABD RAZAK - UKM - PEN. PENGARAH BTN
4. KAMIL HAKIMI ABD HAK - UPM - GURU
5. AZRUL KHAIRI MOHAMAD - UIA - PENGURUS KOMUNIKASI KORPORAT
6. ZULFADZLI SHAMSUDIN - UiTM - BAKAL PEGUAM