Friday, September 11, 2009

Madu diSUa, Tuba yang DibALaS!

MELAMPAU! Terpacul kalimah keramat tu dari mulut seorang pemimpin NGO Indonesia di Malaysia.....Gerakan 'Sapu Malaysia' yang dilancarkan sekumpulan ekstremis di Indonesia mula memberi kesan terhadap industri pelancongan apabila banyak tempahan lawatan ke republik itu dibatalkan.




Malah, rakyat Malaysia terutama pelajar di republik itu juga mengakui keadaan di Jakarta masih tidak menentu berikutan isu penggunaan 'Tarian Pendet', sejenis tarian tradisional Kepulauan Bali dalam promosi pelancongan Malaysia.

Di Jakarta, rakyat Malaysia, terutama pelajar terpaksa mengubah penampilan diri supaya tidak menampakkan identiti rakyat negara ini kerana bimbang dicederakan kumpulan anti-Malaysia itu yang terlalu taksub dengan isu 'Tarian Pendet'

Seorang pelajar Malaysia yang menuntut di Universiti Kristen Krida Wacana (Ukrida), berkata berikutan kontroversi itu, pelajar perempuan tidak lagi memakai baju kurung dan bertudung ala-Malaysia ketika keluar ke bandar.

"Kami tidak lagi berani berjalan seorang diri untuk ke sesuatu tempat, termasuk pusat beli-belah di bandar. Terasa banyak sangat mata memerhati kami dengan pandangan sinis, seolah-olah tidak berpuas hati. Malah, kami turut dimaki hamun dan dilempar pelbagai kata kesat," katanya ketika dihubungi di Jakarta.

Selasa lalu, Kumpulan Anti-Malaysia (KAM) mengadakan sekatan jalan raya dan membawa buluh runcing untuk mengugut rakyat Malaysia di Jalan Diponegoro, Jakarta.

Penyelaras KAM, Muchtar Bonaventura, dilaporkan berkata tindakan itu sebagai amaran kepada Malaysia supaya tidak memberi layanan buruk kepada rakyat Indonesia atau mendakwa elemen budaya republik itu sebagai miliknya.

Beliau juga merancang untuk meluaskan operasi kumpulan itu dan menjadikan pejabat dan rumah milik rakyat Malaysia sebagai sasaran.

Seorang lagi pelajar Malaysia di Ukrida, Ahmad Akmal, berkata suasana agak tegang berikutan demonstrasi jalanan oleh kumpulan berkenaan yang menyokong kempen 'Sapu Malaysia".

3 comments:

Anak BuluH Runcing said...

TKI di Malaysia dianggarkan 2 juta org, cube bayangkan kalau diaorg buat riot/ havoc mcm di Kem Tahanan Pendatang satu ketika dahulu, pastu ada pulak kaki2 cucuk pengapi ni pegi bakar semangat diaorg....Fikir2kan!

Muhammad faiz mahayudin said...

kerajaan nak relax apenye lagi.. tak paham betul. takan nak tungu rakyat malaysia tangkap pati kat malaysia ni.. sakit hati betul

SaKa AdiWangsa said...

Sdr Faiz : Kerajaan kita berdiplomasi, tapi bahasa tak reti nak apresiasi,walau apa pun nak elakkan konfrontasi....
Anak Buluh Runcing : Memang la kalau nak fikir mcm tu, rakyat tempatan jadi panik, harap2 diaorg sedar di mana bumi dipijak,,,,