Sunday, January 25, 2009

Muslims VS Jews





Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini; tujuh juta di Amerika, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100). Namun, jika dicampur semua sekali, Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam. Mengapa ini berlaku?
Siapa mereka ini?
Nabi Isa (Jesus of Nazareth) ialah Yahudi. Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai 'Manusia Abad ini' ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud - melalui teori id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi; begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman.
Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua: Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian.
Johas Salk mereka vaksin polio yang pertama. Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B. Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis. Elie Metchnikoff menang Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit. Bernard Katz menang Hadiah Nobel kerana kajian mengenai transmisi neuromuskular.
Andrew Schally penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis). Aaron Beck menemui terapi kognitif (rawatan mental, kesugulan dan fobia).
Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga yang pertama. George Wald menang Nobel bagi kajian mata manusia, Standley Cohen dianugerahi Hadiah Nobel dalam kajian embriologi (kajian janin dan perkembangannya). Willem Kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buah pinggang.
Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam.
Stanley Mezor mencipta mikrocip pertama. Leo Szilards membangunkan reaktor rangkaian nuklear pertama; Peter Schultz (kabel gentian optik); Charles Adler (lampu isyarat); Benno Strauss (besi tahan karat - stainless steel); Isador Kisee (sistem suara di pawagam); Emile Berliner (mikrofon untuk telefon) dan Charles Ginsburg (alat pita rakaman).
Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi's Jeans), Howard Schultz (Starbuck's), Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill Rossenberg (Dunkin Donuts).
Richard Levin, presiden universiti tersohor Yale Universiti ialah seorang Yahudi. Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright (bekas-bekas Setiausaha Negara AS); Alan Greenspan (bekas pengerusi Rizab Persekutuan AS di bawah Reagan, Bush, Clinton dan Bush); Maxim Litvinov (bekas Menteri Luar Soviet Union); David Marshal (bekas Ketua Menteri pertama Singapura); Isaac Isaacs (bekas Gabenor Jeneral Australia); Benjamin Disraeli (negarawan dan penulis Britian); Yevgeny Primkov (bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas jeneral KGB); Jorge Sampaio (bekas Presiden Portugal); Herb Gray (bekas Timbalan Perdana Menteri Kanada); Pierre Mendes (Perdana Menteri ke-143 Perancis); Michael Howard (bekas Setiausaha Negara British); Bruno Kreisky (bekas Canselor Austria) dan Robert Rubin (bekas Setiausaha Perbendaharaan AS).
Dalam dunia media, orang Yahudi yang terkemuka ialah Wolf Blitzer (CNN); Barbara Walters (ABC News); Eugene Meyer (Washington Post); Henry Grunwald (Ketua Editor Time); Katherine Graham (penerbit The Washington Post); Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York Times) dan Max Frankel (The New York Times).
Dermawan dan penyangak mata wang, George Soros ialah Yahudi. Dia menderma AS$4 bilion untuk membantu ahli sains dan universiti serata dunia.
Walter Annenberg menderma untuk membina ratusan perpustakaan berjumlah AS$2 bilion.
Di Olimpik, Mark Spitz membolot tujuh pingat emas. Lenny Krayzelburg ialah pemegang tiga kali pingat emas Olimpik. Spitz Krayzelburg dan Boris Becker adalah Yahudi.
Tahukah anda bahawa pelakon pujaan Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk semuanya Yahudi?
Tambahan lagi, Hollywood sendiri diwujudkan oleh orang Yahudi. Antara pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1- 2-3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo's Nest), Douglas Fairbanks (The Thief Of Baghdad) and Ivan Reitman (Ghostbusters) - semuanya adalah Yahudi.
Kekuatan Pengaruh
Washington yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satu pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi memuji dan 'membuat apa saja' demi Israel.
Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik. Dia ialah Yahudi.
Jadi, mengapa mereka ini terlalu berkuasa?
Jawapannya: Pendidikan, pelajaran, ilmu.
Mengapa umat Islam terlalu lemah?
Dianggarkan 1,476,233,470 Muslim di atas muka bumi Allah ini. Satu bilion di Asia, 400 juta di Afrika, 44 juta di Eropah dan enam juta di Amerika. Setiap lima insan manusia ialah Muslim. Setiap seorang Hindu ada dua orang Islam, setiap seorang Buddha ada dua orang Islam dan setiap seorang Yahudi ada beratus orang Islam. Mengapa orang Islam terlalu lemah?
Ini jawapannya: Terdapat 57 negara anggota OIC dan jika dicampur semua cuma ada kira-kira 500 buah universiti; atau sebuah universiti untuk setiap tiga juta orang Islam.
AS mempunyai 5,758 universiti dan India ada 8,407. Pada 2004, Shanghai Jiao Tong Universiti membuat kajian 'Kedudukan Akademik Universiti-universiti Dunia' - dan menakjubkan - tiada satu pun universiti-negara Islam yang berada di puncak 500.
Data yang dikumpul dari UNDP, tahap celik huruf di negara maju ialah hampir 90 peratus dan 15 negara itu mempunyai 100 peratus celik huruf. Negara majoriti penduduk Islam, purata kadar celik huruf ialah sekitar 40 peratus dan tiada negara yang mempunyai 100 peratus semuanya celik huruf.
Sekitar 98 peratus penduduk di negara maju menamatkan sekurang-kurang sekolah rendah, sementara hanya 50 peratus di negara majoriti Islam. Sekitar 40 peratus penduduk di negara maju memasuki universiti, sementara hanya 2 peratus di negara majoriti Islam.
Negara-negara majoriti Islam mempunyai 230 ahli sains bagi setiap (per) sejuta penduduk. Di AS 4,000 per sejuta, Jepun 5,000 per sejuta. Di seluruh negara Arab, penyelidik sepenuh masa ialah 35,000 dan hanya 50 juruteknik per sejuta (berbanding di negara maju 1,000 juruteknik per sejuta).
Negara Islam membelanjakan 0.2 peratus daripada KDNK untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebaliknya, di negara maju membelanjakan 5 peratus daripada KDNKnya.
Kesimpulan: Dunia Islam kurang keupayaan untuk menghasilkan ilmu pengetahuan.
Akhbar harian yang dibaca oleh setiap 1,000 orang dan jumlah judul buku yang dibaca oleh setiap sejuta orang adalah dua angka tunjuk bagi menentukan sama ada ilmu pengetahuan disalurkan ke dalam masyarakat.
Di Pakistan, hanya ada 23 akhbar harian per 1,000 rakyat Pakistan sementara nisbah di Singapura ialah 360. Di UK, jumlah judul buku per juta orang ialah 2,000 sementara di Mesir ialah 20.
Kesimpulan: Dunia Islam gagal menyalurkan ilmu pengetahuan.
Yang menariknya, jumlah terkumpul KDNK tahunan 57 buah negara ahli OIC ialah di bawah AS$2 trilion. Amerika sahaja, menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai AS$12 trilion, China AS$8 trilion, Jepun AS$3.8 trilion dan Jerman AS$2.4 trilion.
Pengeluar minyak yang kaya, Arab Saudi, UAE, Kuwait, Qatar secara rangkuman menghasilkan barangan dan perkhidmatan (rata-rata minyak) bernilai AS$500 bilion; Sepanyol sahaja menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai lebih AS$1 trilion, Poland AS$489 bilion dan Thailand AS$545 bilion.
Jadi, mengapa orang Islam tidak berkuasa dan orang Yahudi paling berkuasa?
Jawapannya ialah: Kurangnya ilmu. Kurangnya pendidikan dan kurangnya pelajaran.

(Sumber: Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Kajian Keselamatan (CRSS) Pakistan, Dr. Farrukh Saleem (rujuk http://www.masada2000.org/Powerful-Jews.html)

Friday, January 23, 2009

Serban besar bakul pun tak semestinya dianggap lebai - Nik Aziz

(Tok Nik pun pandai melaram di samping Mertz E-240)
KB: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetuju pakaian serban digantikan dengan topi keledar bagi penunggang motosikal yang mahu memakainya, jika ia didapati boleh mencegah daripada kecederaan apabila berlaku kemalangan.
Mursyidul Am PAS itu berkata, jika serban dipakai dengan ikatan kemas dan boleh mencegah kecederaan, ia boleh digantikan dengan topi keledar yang dianggap lebih selamat.
Malah, katanya, topi keledar yang keras itu tidak selamat jika tidak dipakai kemas dan diikat dengan betul.
"Kadang-kadang serban dan semuntal yang diikat kemas lebih selamat, kerana ia lembut apabila berlaku hentakan kuat berbanding topi keledar yang keras itu.
"Topi keledar pun jika tidak dipakai dengan kemas dan diikat dengan betul boleh menyebabkan penggunanya tidak selamat apabila berlaku kemalangan, kerana mudah tercabut atau kecederaan dalaman akibat hentakan kuat," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai seorang pelajar sekolah pondok di Pasir Tumboh di sini, pada dua hari lalu dijatuhi hukuman denda RM90 atau penjara dua hari kerana didapati bersalah tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal sebaliknya memakai serban.
Bagaimanapun, pelajar pondok terbabit, Ahmad Nasir Darus, 28, memilih untuk menjalani hukuman penjara dua hari.
Nik Abdul Aziz berkata, umum mengetahui berapa ramai penunggang motosikal yang terbunuh akibat nahas jalan raya walaupun mereka memakai topi keledar sewaktu menunggang motosikal.
Katanya, soal ia merupakan pakaian pak lebai atau golongan haji tidak berbangkit walaupun undang-undang dan peraturan jalan raya mengklasifikasikan begitu dan beliau tidak mahu campur urusan agama dengan peraturan jalan raya.
"Cuma bagi saya, mereka yang memakai pakaian serban tidak harus dikenakan tindakan, jika ia dipakai dan diikat dengan kemas," katanya.
Menurut Nik Aziz, serban bermakna dalam bahasa Melayu asal ialah ikatan kain kepala, seperti juga semuntal bagi pakaian tradisi orang Melayu Kelantan sedikit masa dulu.
Beliau berpendapat, jika masyarakat keturunan Sikh yang memakai serban dan boleh dikecualikan daripada undang-undang jalan raya, tidak ada sebab orang Islam yang memakai serban tidak boleh dikecualikan daripada peraturan itu.
"Saya tidak mahu ganggu soal agama. Lebai atau jahil, bukan boleh dinilai pada pakaian kerana ini mengikut tafsiran masing-masing, kerana ada orang lebai atau haji tetapi tidak pakai serban atau kupiah, dan ada juga yang pakai serban sebesar bakulpun tetapi tidak dianggap lebai," katanya.
Sehubungan itu, beliau mahu kerajaan mengkaji semula peraturan itu bagi mengelakkan kekeliruan yang timbul seperti apa yang terjadi kepada kes berkenaan.(KLPos)


(Ni la kadang2 orang tak faham tentang pemakaian serban, kalau rajin buka dan bacalah kes Meor Atiqulrahman (kes budak dibuang sekolah kerana memakai serban) dan keputusan Mahkamah Persekutuan, ia tidak boleh dikaitkan dengan isu agama sebab serban ni bukan melambangkan agama tetapi budaya berpakaian orang Arab yang terdiri dikalangan orang Islam dan bukan Islam Arab pun pakai, jadi jangan lah politik kan isu ni mcm kerajaan ni zalim sangat, susah baso dengan oghe dok pahe undeng2 bak kata maxim "ignorantia of law non excusat"-mempedulikan undang2 bukan satu alasan untuk tidak mengetahuinya)

Thursday, January 22, 2009

Depoliticize Our Campus!

Pilihanraya kampus kali ini amat hangat sekali dan sama taraf dengan pilihanraya umum ataupun pilihanraya kecil dalam negara. Barang kali kerana edah pilihanraya kampus kali ini sama dengan pilihanraya kecil di Kuala Terengganu, maka aksinya adalah sama. Seperti biasa wujudnya surat layang, fitnah, laporan polis dan terkini meletak kepala babi dalam surau di UM. Di UKM, mahasiswa buat laporan polis kerana ugutan dalam SMS dan panggilan telefon. Di UIAM dan UPM pula suara bising berhubung tarikh pilihanraya dan beberapa syarat tertentu, turut berkumandang. Semua ini kebanyakannya berkisar dalam kelompok mahasiswa Melayu Islam.
Faktor mempengaruhi pilihanraya kampus:-

Pertama soal label. Sebenarnya tidak perlulah diletak label sama ada pro-mahasiswa atau pro-aspirasi kerana semua orang sama ada di dalam atau di luar kampus, termasuk di kampung, sudah tahu bahawa yang mengaku pro-aspirasi itu adalah yang menyebelahi Barisan Nasional, manakala pro-mahasiswa pula ialah pembawa bendera PAS, DAP dan PKR
Kedua, penulis sangat khuatir dengan tindakan segelintir pihak yang suka menangguk di air keruh. Di saat umat Islam ditekan kiri dan kanan, dalam dan luar negara, maka sangatlah perlu semua mahasiswa mengambil sikap berhati-hati agar apa-apa yang dilakukan itu, tidak mencederakan akidah walaupun untuk mendapatkan kuasa. Islam tidak mengiktiraf matlamat menghalalkan cara. Walaupun niatnya baik untuk mewujudkan saf kepimpinan yang Islamik tetapi kalau strategi kempen disaluti dengan najis propaganda hitam, kaedah Machiavelle, petikan nas agama di luar konteks, kemenangan tersebut adalah tidak bermakna, berdosa dan haram.

Ketiga, politik kampus sepatutnya menjadi contoh kepada masyarakat luar agar berpolitik secara sihat sebagaimana kehendak Islam atau ilmu siyasah yang mana matlamatnya untuk memberikan perkhidmatan kepada rakyat. Amat malang sekali bila mana kini masyarakat tertanya-tanya di mana lagi contoh yang boleh diambil kerana mahasiswa juga turut terpengaruh dengan budaya songsang politik Barat yang menjadi idola tokoh masing-masing.

(Pilihanraya kampus merupakan platform @ medan awal untuk membentuk fikrah politik di kalangan mahasiswa untuk memahami peranan dan t/jawab parti-parti siasah di negara ini, iaitu BN dan PR, justeru, kedua-dua pihak ini menggunakan pendekatan ini untuk menarik sokongan generasi muda yang akan mengubah pola pengundian pada PRU 13 kelak. Dengan berpaksikan label pro mahasiswa dan pro aspirasi, masing2 berusaha gigih untuk mendapatkan mandat, dan seterusnya mendakwa bahawa pro mahasiswa @ pro aspirasi menguasai citra dan citarasa golongan muda, sedangkan AUKU melarang mahasiswa melibatkan secara langsung dgn parti politik. So, vehicle spt Solidariti Mahasiswa Malaysia, GAMIS, GPMS, PKPIM, Wawasan, MAMPAN, UBU, dan mcm2 lagi digunakan untuk menghalalkan matlamat sebagai pintu masuk parti politik ke kampus)

Wednesday, January 21, 2009

Obama No Drama! Mampukah jadi penyelamat dunia?













WASHINGTON: Presiden baru Amerika Syarikat, Barack Obama melangkah masuk kali pertama ke Rumah Putih sejak mengangkat sumpah dan dikatakan menghabiskan masa di Pejabat Oval yang diambil alihnya daripada George W Bush. "Ya, kami di sini! Di rumah ini," kata Wanita Pertama, Michelle Obama sebaik memasuki pekarangan Rumah Putih sambil menyaksikan perarakan sambutan pengisytiharan suaminya sebagai Presiden AS ke-44. Presiden berkulit hitam pertama itu mengambil masa beberapa jam berjalan di sekitar Rumah Putih selepas mengangkat sumpah di AS Capitol, sebelum memasuki bilik khas Presiden sambil disambut tetamu untuk meraikannya.


Menurut Setiausaha Akhbarnya, Robert Gibbs, Obama dijangka memasuki Pejabat Oval yang menjadi 'nadi' Rumah Putih tetapi dijangka tidak akan melakukan 'tindakan yang besar' pada hari pertamanya. "Kami jangkakan, beliau selepas menyaksikan perhimpunan sambutan, dijangka berada dalam Pejabat Oval hanya beberapa minit saja," kata dalam satu sesi soal jawab pertama dengan pemberita di Rumah Putih. Bekas presiden, George W Bush pula dalam sidang akhbar terakhirnya minggu lalu berkata: "Pada minit pertama dia (Obama) melangkah masuk ke Pejabat Oval, dia akan merasai 'tanggungjawabnya sebagai Presiden Amerika dan semua beban di atas bahunya nanti'. - AFP


(Tahniah la (walaupun tak pangkah ke deme) atas kejayaan org kulit hitam pertama melangkah ke White house yang dibina atas titik peluh org2 Negro juga, buku The Audacity of Hope yang menukilkan pengalaman beliau telah pun abis di baca, memang orgnya gifted and born to be leader, dan satu dunia letak harapan besar untuk beliau membawa perubahan selaras dengan credos keramatnya. Tetapi mampukah beliau mengatasi pengaruh kongres yang didokong oleh puak2 Jewish ni, sekiranya anda lihat gambar2 di atas ternyata kuatnya zionis mendominasi Obama sehingga beliau dilihat menyokong mereka?)

Tuesday, January 20, 2009

BN tidak boleh terus dalam zon selesa - Dato Najib TPM



PUTRAJAYA 20 Jan. - Para pemimpin Barisan Nasional (BN) tidak boleh berterusan duduk dalam zon selesa, sebaliknya perlu mengubah paradigma dan mengubah cara serta pendekatan berpolitik supaya ia sentiasa berorientasikan rakyat, kata Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.
Timbalan Perdana Menteri mahukan semua pemimpin kerajaan BN bangkit dan bingkas kembali menyusun strategi melakukan perubahan baik kepada diri mahukan kepada parti demi kesejahteraan bangsa dan tanah air.
Kerajaan BN perlu memastikan program-program kerajaan adalah berteraskan keperluan rakyat supaya ia sentiasa dekat di hati dan sanubari rakyat.
“Jika kita gagal menangani cabaran ini dengan cemerlang, kita akan menerima hukumannya di dalam pilihan raya umum ke-13 kelak,” katanya ketika melancarkan buku “Politik Baru” karya Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Saifuddin Abdullah, di sini. - Bernama

(Berani Berubah! Itu slogan yang sesuai buat BN untuk mendepani cabaran politik baru, jangan berada pada takuk yang lama 'comfort zone' yang memikirkan rakyat tidak berani membuat pilihan selain BN. Jika trend ini berterusan, nampak gayanya BN kena berfikir mcm pembangkang la. Pada pengamatan hamba, kalau BN ingin terus kekal relevan, ia kena melalui proses penjenamaan semula, dalam erti kata lain kena nampak remaja di kalangan golongan muda yang dijangkakan mendaftar sebagai pengundi baru pd PRU 13, bersikap populis walaupun kadang kala kena melawan arus)

Monday, January 19, 2009

Mahathir: Berubah jika mahu BN menang PRU ke-13


KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata Barisan Nasional (BN) perlu melakukan perubahan jika parti itu jika ingin memastikan kejayaan dicapai dalam pilihan raya akan datang.
Menurutnya kekalahan BN di tangan PAS dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu semalam adalah berpunca daripada kebencian rakyat terhadap kepimpinan parti itu.
"Semua orang tak suka kepada Pak Lah (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) dan calon pilihannya.
"Sebahagian daripada sebab mereka tidak meyokong (BN) ialah kerana mereka tidak suka kepada calonnya," katanya dalam sidang media selepas merasmikan program Kempen Selamatkan Rakyat Palestin anjuran Gabungan Badan Bukan Kerajaan Malaysia Menentang Penindasan Rakyat Palestin di sini hari ini.
Jelas beliau lagi pada dasarnya kedua-dua parti iaitu BN dan PAS mempunyai masalah mereka yang tersendiri.
"Namun masalah BN ini ialah meletakkan calon yang tidak disukai oleh orang ramai semata-mata kerana dia ialah calon Pak Lah.
"Mereka juga tidak suka kepada PAS dan mereka terpaksa membuat pilihan dan saya fikir mereka seperti pilihan raya umum Mac 2008, pilihan mereka ialah untuk menolak BN kerana mereka tidak suka kepada kepimpinan BN lebih daripada mereka tidak suka kepada parti-parti lawan," katanya.
Beliau berkata antara langkah yang wajar dilakukan BN bagi mengembalikan sokongan rakyat ialah dengan menyingkirkan pemimpin yang tidak diterima oleh rakyat dan terlibat dengan rasuah.
"Tapi apa yang kita lihat pemimpin yang tidak dipercayai serta terlibat dengan rasuah, mereka masih dipilih sebagai calon dalam pemilihan Umno.
"Jika mereka dipilih sebagai calon dan menang, dan selepas menang mereka menjadi anggota pentadbiran kerajaan, BN akan tewas dalam pilihan raya ke-13... kalau nak menang, singkir dan jangan pilih mereka," katanya.
Bagaimanapun menurut bekas Presiden Umno itu, jika golongan pemimpin yang terlibat dengan rasuah itu masih dipilih sebagai pemimpin Umno, mereka tidak seharusnya dipilih untuk menyertai Kabinet.
Ditanya sama ada kekalahan BN di Kuala Terengganu akan memberi cabaran dan kesan terhadap pentadbiran Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang akan mengambil alih kepimpinan kerajaan daripada Abdullah Mac ini, beliau berkata Najib tidak akan dipersalahkan dalam kekalahan tersebut.
"Kekalahan di Kuala Terengganu bukan disebabkan Najib, ini sebab Pak Lah...Najib tak akan dipersalahkan.
"Tapi jika Najib terus memilih pemimpin yang rasuah, saya fikir beliau juga akan tewas dalam pilihan raya nanti," katanya. (sumber MStaronline 18 Jan 09)


(Tok Adi dah baca mcm2 analisa, ada kata undi budak2 muda lari la kalau ikut Zentrum Studies punye survey, pokok pangkal nya zaman le ni rakyat pilih batang tubuh calon yang bertanding, yang selalu nampak muka kat kenduri kendara, orang mati solatkan jenazah dll ni semua basic kriteria yang perlu ada pada bakal calon BN, jgn le nak dekat PRU baru pandai solat, bagi salam kokot time kenduri bajet ciput je, maybe org ganu hok keluk kelek ni tak tgk parti sgt...part ni koi suke Long Nan , dia pilih calon lepas dengar report dari semua sumber samada calon ni dok rok chetong ke...last but not least Tun M kena masuk BN smula bantu parti kalau tak nak belayor PRU 13 nanti, dengan awok skali blayor gok!!)

Saturday, January 10, 2009

Calon Bebas dapat Lintasan Menang?

Sape tak kenal apanama Tun DR M, sekali dia bersuara, sendiri mau ingatla! Kali ni dia cuit perhatian lagi ttg senario PRK KT, sedar tak sedar dua2 parti yang bertanding tak dpt kredit sebaliknya anak bekas setpol MB T'ganu satu ketika dahulu yang ada peluanng dicelah-celah ruang yang sempit, atas alasan orang Ganu suka mencube keluk-kelek...Moh sama-sama kita tgk analisis berikut:-


Calon BN sombong, Umno tak reti pilih calon- Tun Dr Mahathir (dipetik dari KlPos.com 10 Jan 09)
1. Pilihanraya kecil di Kuala Terengganu ini sepatutnya tidak dianggap penting.
2. Samada Barisan Nasional menang atau kalah Kerajaan Terengganu tak akan berubah.
3. Saya ditanya oleh pemberita akan pendapat saya.
4. Sebagai orang yang tidak berparti saya tidak terikat dengan sesiapa.
5. Pada pandangan saya PAS atau UMNO pada waktu ini sama sahaja.
6. PAS bukan alternatif kerana dilihat PAS sanggup membelakangkan prinsip-prinsipnya kerana nak jaga hati parti komponen Pakatan. Orang yang tidak pegang kepada prinsip tidak boleh dipercayai.
7. Sebagai contoh PAS bersetuju babi diternak di kampung Melayu kerana larangan agama hanya untuk tidak makan daging babi.
8. Ternak tak apa.
9. Sentuh pun tak apa.
10. Jual pun tak apa kerana ini tidak disebut di dalam Al-Quran.
11. Soalnya apakah sensitiviti orang Melayu tidak perlu diambil kira?
12. PAS juga tak bercakap banyak sekarang berkenaan hukum hudud.
13. Katanya ini rancangan 30 tahun.
14. Demikian juga PAS sanggup beri hakmilik tanah secara berkekalan untuk mendapat sokongan orang Cina.
15. Dasar negara sekarang tanah tidak boleh diberi kepada sesiapa pun secara berkekalan, samada Cina, Melayu atau India.
16. Tetapi PAS sanggup membelakangkan dasar negara hanya untuk mendapat sokongan orang Cina. British tidak pernah beri kawasan "New Village" kepada setinggan yang ditempatkan di situ. Tidak ada geran yang dikeluarkan oleh British kepada penduduk New Village. Tetapi pemimpin PAS sanggup bohong kononnya British memberi tanah secara berkekalan kepada setinggan Cina.
17. Semua ini menunjukkan PAS bukan parti yang berprinsip dan bukan pun ikhlas dalam memperjuangkan Islam. PAS tidak boleh dipercayai oleh sesiapa. Ia sanggup "bend backwards" untuk kepentingan politik semasa.
18. UMNO pula tak tahu pilih calon. Yang dipilih ialah bekas Setiausaha Politik Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi. Jelas pilihan calon UMNO tidak memperdulikan sentimen rakyat.
19. Dan calon ini pula terkenal sebagai seorang yang sombong, tidak tahu beramah mesra dengan orang.
20. Dalam Pilihanraya kecil ini pengundi Kuala Terengganu berhadapan dengan dilema.
21. PAS pun bukan pilihan yang baik, UMNO pun bukan pilihan yang baik.
22. Telan mati Mak, luah mati Pak.
23. Mungkin calon bebas akan dapat undi yang lebih dari sepatutnya. / sumber http://www.chedet.cc/

(Tok Adi nampak calon2 ni mempunyai harapan dan peluang yang sama, pokok pangkalnya pengundi kena bijak memilih parti dan calon yang ada masa depan dan menjamin rakyat, kalau dilihat dari segi thiqah (warak) dan mendapat 'lintasan' wahyu agong, lebih baik undi calon bebas dari PAS, tp untuk menjamin kesinambungan pembangunan dan kepimpinan, lebih baik pilih parti hok se lg!)


Saturday, January 3, 2009

Go To Hell Jews!!


GPMS Pahang mengutuk tindakan Israel dan menyelar sikap US yang terang-terangan menyokong serangan Yahudi ke atas bumi Palestin, ekoran usul gencatan senjata yang dikemukakan Liga Arab kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) ditolak bulat-bulat oleh Amerika Syarikat .Sekurang-kurangnya 1.5 juta penduduk Palestin di Gaza kini berdepan situasi kemanusiaan yang semakin membimbangkan berikutan serangan berterusan oleh tentera Israel ke atas
wilayah itu.

PBB dilihat tidak dapat bertindak terhadap konflik tersebut berikutan keputusan AS menolak usul tersebut. Bila usul tersebut ditolak AS, maka keganasan Israel itu akan terbiar sahaja. Sama seperti tiada tindakan dibuat PBB.
Draf resolusi Liga Arab itu mengutuk keras semua serangan tentera serta penggunaan kekerasan secara berlebihan, tidak seimbang dan diskriminasi oleh Israel yang telah menyebabkan angka korban dan cedera di kalangan penduduk Palestin terus meningkat.
Israel terus memperhebat serangannya di Genting Gaza sejak Sabtu lalu dan setakat ini telah mengorbankan seramai 390 orang manakala 1,900 lagi cedera.
Alasan AS bahawa draf usul tersebut tidak seimbang langsung tidak munasabah memandangkan tindakan Hamas menyerang Israel dilihat sebagai mempertahankan diri manakala tindakan tentera Israel menyerang Palestin sebagai satu pencerobohan ke atas sebuah negara lain. Dalam soal ini, kita sekali lagi dapat melihat sikap AS yang bersekutu dengan Israel hanya berpura-pura setiap kali berdepan dengan isu Israel ini.
Jika mahu Hamas hentikan serangan, Israel perlulah terlebih dahulu berhenti menyerang Palestin. Kita kena tahu membezakan antara tindakan mempertahankan diri dan perbuatan keganasan. Masyarakat dunia juga sudah pasti tertunggu-tunggu apa yang bakal dilakukan presiden baru AS, Barack Obama selepas ini.
Walaubagaimanapun, kita tidak meletakkan harapan yang tinggi terhadapnya memandangkan dasar AS terhadap Israel sudah ada dalam Kabinet Obama.


(Tok Adi sokong pertubuhan politik dan NGO melakukan tindakan reflektif daripada serangan ini spt adakan demonstrasi, penubuhan tabung Pemuda BN, boikot barangan Yahudi, dsb, ini menunjukkan titik perpaduan di kalangan orang Melayu Muslim mampu dilaksanakan terutamanya bila hak dan kesucian Umat Islam digugat dan tercabar)