Saturday, February 27, 2010

76 NGO Melayu Tubuh Majlis Perundingan Pertahan Hak Melayu Dan Islam


KUALA LUMPUR: Sebanyak 76 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu bergabung hari ini bagi menubuhkan Majlis Perundingan NGO Melayu (MPM) dalam usaha mempertahankan dan melindungi hak-hak Melayu serta agama Islam di negara ini.

Antara NGO yang menyertai MPM ialah Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa), Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia dan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali, yang bertindak sebagai wakil pertubuhan itu, berkata peranan MPM adalah sebagai pelindung dan benteng kepada pihak yang semakin hari cuba mengganggu-gugat hak-hak keistimewaan serta ekonomi orang Melayu, kedudukan agama Islam dan ketuanan raja-raja Melayu di negara ini.

"Pada masa sama, kita juga akan jadi pendesak yang berhemah kepada kerajaan supaya kerajaan tidak lari dan menyeleweng daripada perkara asas dalam Perlembagaan negara berdasarkan Perkara 153," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran MPM di Kelab Sultan Sulaiman di sini, hari ini.

Beliau berkata satu persidangan meja bulat bersama-sama semua anggotanya akan diadakan pada 7 Mac ini untuk membincangkan hala tuju ekonomi orang Melayu apabila model ekonomi baru diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kelak.

"Kita juga berharap dapat jumpa Perdana Menteri sebelum model ekonomi baru itu diumumkan supaya kita tak mahu bila pengumuman dibuat ada NGO Melayu yang bersikap 'rumah dah siap pahat berbunyi'...sebab kita nak apa sahaja dasar yang telah kerajaan buat ia harus mendapat sokongan daripada semua pihak.

"Tetapi kerajaan juga perlu proaktif pada NGO Melayu.. maksudnya ada tolak ansur kalau kerajaan nak sokongan daripada NGO, kerajaan juga kena ambil kira perasaan dan hati kami," kata Anggota Parlimen Pasir Mas itu.

Dalam kenyataan MPM yang diedarkan kepada media, MPM menetapkan bahawa setiap anggota hendaklah bersama-sama mengkaji setiap isu yang ada kepentingan orang Melayu, agama Islam, Kesultanan Melayu, keselamatan dan kesejahteraan negara sama ada ditimbulkan atau dipersoalkan oleh orang lain atau yang perlu diketengahkan dan diperjuangkan oleh orang Melayu.

Selain itu, MPM akan menyedia dan melaksanakan pelan tindakan bagi menangani atau menentang provokasi terhadap perkara-perkara menyentuh kepentingan orang Melayu dan Islam apabila ia ditakrifkan sebagai usaha pihak-pihak berkenaan sebagai menghasut atau membenci.

Friday, February 26, 2010

GPMS PAHANG sambut baik Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia ditubuh.



GPMS Pahang menyambut baik pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang bersetuju mewujudkan Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia (JKPB) yang akan memainkan peranan penting bagi menyelaras dan memperkemas sistem penyampaian program pembangunan belia .

Perdana Menteri berkata jawatankuasa itu yang akan dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan dianggotai oleh 12 kementerian yang berkaitan, bukan sahaja untuk memenuhi keperluan dan kehendak semasa, tetapi juga bagi menentukan generasi muda lebih produktif dalam pembangunan sosio-ekonomi negara di masa depan.

"Selain dari itu, jawatankuasa ini juga akan mempelopori pelbagai usaha bagi membentuk generasi muda hari ini sebagai generasi pewaris negara yang memainkan peranan penting meneruskan kesinambungan dan agenda pembinaan negara ke arah masa depan yang lebih cemerlang dan makmur,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Najib berkata jawatankuasa itu akan dapat menyumbang pelbagai pembaharuan kepada usaha membangunkan dan memberi manfaat kepada generasi muda iaitu mereka yang berumur di antara 15 hingga 40 tahun yang sekarang berjumlah 11.4 juta orang.

"Antara pembaharuan yang akan diberi tumpuan ialah mekanisme Pengurusan Pembangunan Belia, Pelaksanaan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 688)," katanya.

Selain pelaksanaan menyeluruh terhadap semua dasar pembangunan belia, beliau berkata usaha juga akan dilakukan bagi meningkatkan penyelarasan dan kerjasama antara agensi berkaitan belia.

Perdana Menteri berkata kerajaan juga akan terus membantu golongan belia untuk menikmati kemajuan negara, memperkukuhkan semangat patriotisme, membudayakan pemikiran gagasan 1Malaysia dan 1Belia.

Juga membangunkan semangat keusahawanan, melahirkan belia bebas jenayah dan sama-sama meningkatkan peranan belia dalam isu keamanan dan ketahanan nasional serta memperjuangkan nilai sejagat, katanya.

Beliau berkata menerusi jawatankuasa ini, fungsi dan peranan antara agensi kerajaan yang terlibat dalam pembangunan belia akan dapat diselaraskan semula, sekaligus akan memastikan bahawa Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dalam bidang pembangunan belia dapat dicapai oleh kerajaan sebelum 2012.

"Kerajaan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi cadangan kepada penubuhan jawatankuasa ini terutama daripada kepimpinan belia pelbagai peringkat, Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN)," katanya.

Beliau berkata selain itu, sumbangan idea dan pemikiran bernas ahli-ahli jawatankuasa Kabinet itu akan mewujudkan era baru pengurusan negara dalam pembangunan belia dengan perubahan besar yang melibatkan aspek tanggungjawab, sistem dan perluasan peranan bidang pembangunan berkenaan.

"Kerajaan yakin golongan belia akan menikmati manfaat dan pembangunan yang lebih meluas," katanya

Thursday, February 25, 2010

LAPORAN STATUS GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG (GPMS) PAHANG NOV 2009 – FEB 2010

1. MESYUARAT AGONG TAHUNAN GPMS PAHANG 8 NOV 2009 DEWAN MASJID KIPSAS
2. COURTESY CALL DENGAN YAB MENTERI BESAR PAHANG DAN MANTAN PENEGERUSI GPMS PAHANG 11 NOV 09 KOMPLEKS YAYASAN PAHANG
3. TEMURAMAH BERSAMA AKHBAR SINAR HARIAN 14 NOV 09 HOTEL GRAND CONTINENTAL
4. MESYUARAT AHLI MAJLIS TERTINGGI GPMS KEBANGSAAN 18 NOV 09 KEDIAMAN YBHG PRESIDEN, DATO REEZAL MERICAN DI CHERAS
5. MESYUARAT PERSIDANGAN AGONG TAHUNAN GPMS KEBANGSAAN 20-22 NOV 09 UiTM SHAH ALAM
6. TEA TARIK SESSION WITH DATO AZNIM JAAFAR / DATO MUNIR BASIT 30 NOV 09 RESTORAN TAJ
7. MESYUARAT PERTAMA AMT GPMS KEBANGSAAN 6 DISEMBER 09 PEJABAT GPMS SENTUL
8. MESYUARAT MAJLIS BELIA PAHANG 14 DIS 09 BANGUNAN UMNO MENTAKAB
9. PROGRAM MODAL INSAN ECER 17 DIS 09 MAJLIS PEMBANGUNAN ECER
10. PROGRAM HALATUJU KERJAYA DGN JABATAN TENAGA KERJA 20 DIS 09 DEWAN KULIAH KIPSAS
11. PROGRAM RAMAH MESRA BERSAMA ANAK PAHANG UIA 23 DIS 09 UIA GOMBAK
12. MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN PELAJAR MISKIN GPMS PEKAN 26 DIS 09 DEWAN UMNO PEKAN
13. MESYUARAT AGONG TAHUNAN DAN PEMILIHAN MAJLIS BELIA PAHANG 31 DIS 09 LIPIS CENTRE POINT


TAHUN 2010


1. PENYERAHAN MEMORANDUM KEPADA PERDANA MENTERI SEBAGAI BANTAHAN PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH OLEH BUKAN ISLAM 3 JAN 2010 DEWAN UMNO PEKAN
2. MAJLIS MAKAN MALAM MAPINS 4 JAN 10 KOMPLEKS DAGANGAN INDERA MAHKOTA
3. MESYUARAT PERSIDANGAN AGONG TAHUNAN (MPAT) MAJLIS BELIA MALAYSIA (MBM) 6-8 JAN 10 HOTEL DE PALMA AMPANG
4. DEMONSTRASI AMAN MEMBANTAH PENYALAHGUNAAN KALIMAH ALLAH OLEH BUKAN ISLAM 8 JAN 10 MASJID NEGERI KUANTAN
5. KEM MOTIVASI KECEMERLANGAN PUSAT BIMBINGAN GPMS 10 JAN 10 PUSAT GPMS INDERAPURA
6. MAJLIS MUHIBBAH NGO ISLAM-NGO KRISTIAN 17 JAN 10 HOTEL MEGAVIEW KTN
7. FORUM HAK DAN PERPADUAN MELAYU DALAM KONTEKS 1MALAYSIA SEMPENA MEMULIAKAN KEBERANGKATAN KDYMM SULTAN PAHANG 21 JAN 10 UITM JENGKA
8. MAJLIS PELANCARAN PERKASA PAHANG OLEH YAB MENTERI BESAR PAHANG 24 JAN 9. DEWAN MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH
10. MAJLIS PELANCARAN DIGITAL PEKAN 1MALAYSIA OLEH YAB PERDANA MENTERI 30 JAN 10 DEWAN KONVENSYEN PEKAN
11. MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN BASIKAL OLEH SYARIKAT KORPORAT KEPADA PELAJAR MISKIN PARLIMEN PEKAN 31 JAN 10 DEWA N KONVENSYEN PEKAN
12. PROGRAM IVORY TOWER SMK MAHMUD RAUB 2 FEB 10 SMK MAHMUD RAUB
13. PERTEMUAN INFORMAL DENGAN PENGARAH DAN TIMBALAN PENGARAH JABATAN BELIA DAN SUKAN PAHANG 10 FEB 10 TINGKAT 5 WISMA PERSEKUTUAN
14. MAJLIS RAMAH MESRA GPMS PAHANG –GPMS PEKAN 10 FEB 2010 SRI INDERAPURA LAKE RESORT
15. KURSUS SERGAH MINDA AMT GPMS KEBANGSAAN DAN KURSUS PENCERAMAH MUDA UNTUK SKUAD JELAJAH MOTIAVSI 13-15 FEB 2010 PUSAT BELIA ANTARABANGSA CHERAS
16. MAJLIS PELANCARAN SAYAP PERKASA KEBANGSAAN 14 FEB 2010 DEWAN JKR JALAN SULTAN SALAHUDIN
17. MESYUARAT KHAS GPMS BERSAMA BTN PUTRAJAYA 17 FEB 2010 PEJABAT BTN PUTRAJAYA
18. MESYUARAT MAJLIS BELIA PAHANG 18 FEB 10 WISMA BELIA INDERA MAHKOTA
19. KONVENSYEN UMNO PAHANG 19-21 FEB UITM JENGKA
20. TEMURAMAH ANUGERAH KEPIMPINAN BELIA PAHANG 24 FEB 10 KOMPLEKS YAYASAN PAHANG

Wednesday, February 17, 2010

Dato Ahmad Maslan rasmi SMAG...

SERGAH MINDA AMT GPMS KEBANGSAAN (SMAG)
diadakan pada 13-15 feb 2010 di Pusat Belia Antarabangsa (IYC) Cheras menampilkan konsep group binding memantapkan struktur GPMS. GPMS Pahang telah diwakili oleh Pengerusinya, S/U Agong, Azrul KHairi, Sdr Zharif, Rohaifi Azri dan Zulfazli, manakala cawangan khas KIPSAS dan IKIP menghantar perwakilan seramai 14 orang untuk mengikuti Kursus Penceramah Jelajah Motivasi 1Malaysia...

Antara penceramah yg dijempt berkongsi pengalaman dalam SMAG termasuk Tan Sri Sanusi Junid, Encik Haleem Kader dari Persatuan Pemuda Pemudi Taman Bacaan Singapura, mantan Presiden Ishak Joned dan disempurnakan penutupan oleh YB Dato Ahmad Maslan, Timbalan Menteri di JPM.

Banglo Putih...Warisan Perjuangan AdiWangsa

PENGERUSI GPMS PAHANG BERSAMA-SAMA SUA MELAKUKAN TINJAUAN MESRA (WALK-ABOUT) KE BANGLO KERAMAT MANIFESTASI PERJUANGAN GPMS DAN BERHASRAT MENG'KONSEPSUAL'KAN SEMANGAT KE PAHANG..

Sedangkan Lidah Lagi Tergigit...


Pertemuan Mahabah wal Rahmah GPMS Pahang - GPMS Pekan
telah diadakan di Inderapura Lake Resort pada 10 Feb 2010, yang turut dihadiri kedua-dua "nakhoda" Pekan iaitu Sdri Arwis dan Cikgu Jo beserta jawatankuasa masing2, serta Hanapi Salleh, mantan YDP GPMS Pekan. Manakala GPMS Pahang diwakili Pengerusi dan SUA, Cikgu Nasrul dan wakil khas Sdr Jamalizan serta pimpinan GPMS Paya Besar. S/U Majlis Belia Pekan turut bersama-sama dlm perbincangan ini...
iSu Perbincangan menjurus kepada salah faham dan kekeliruan di kalangan ahli GPMS Pekan tentang status dan kedudukan pucuk pimpinan, dan masaalah pendaftaran di ROY. Namun berkat semangat kekeluargaan dan persefahaman yang tinggi, isu ini berjaya dirungkai dan bersepakat supaya Sdri Arwisati kekal menerajui GPMS Pekan dibantu Cikgu Joharifudin sebagai Timbalannya....Syabas!

Saturday, February 6, 2010

Belasungkawa Dato Abdullah Majid, antara Pengasas GPMS.


Bekas Timbalan Menteri Buruh dan Tenaga Manusia, Datuk Abdullah Majid, 83, meninggal dunia di kediamannya di Taman Desa, Jalan Klang Lama di sini kira-kira jam 5 pagi semalam (3 Februari) selepas menderita hampir 20 tahun kerana menghidap angin ahmar.

Abdullah yang juga bekas Setiausaha Akhbar kepada bekas Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein dipercayai meninggal dunia ketika dalam tidur.

Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya untuk diuruskan dan disembahyangkan di Masjid Tun Abdul Aziz, Seksyen 14, Petaling Jaya kira-kira jam 10.30 pagi.
Anak Allahyarham, Rozihan, 43, berkata jenazah ayahnya akan dibawa ke kampung kelahirannya, Kampung Durian Sebatang, dekat Dong, Raub, Pahang untuk dikebumikan selepas solat Zuhur.

Rozihan berkata, kematian ayahnya disedari pembantu rumah ketika datang menjalankan pemeriksaan terhadap ayahnya kira-kira jam 5 pagi semalam.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Datin Hamidah Hussain, 63, dan dua anak, Rozihan dan Rozana, 45.

Turut hadir menziarah dan memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham adalah bekas Pengarang Kumpulan New Straits Times Press Bhd (NSTP), Datuk Abdul Kadir Jasin dan Tan Sri Abdullah Ahmad, bekas Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Ahmad Rejal Arbee dan Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said

Allahyarham pernah ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1976 ketika negara di bawah pentadbiran Perdana Menteri ketiga, Tun Hussein Onn selama empat tahun kerana dipercayai terbabit dengan elemen subversif komunis.

Ketika masih menjadi mahasiswa di Universiti Malaya Singapura pada 1952, Abdullah aktif terbabit dalam pelbagai persatuan dan cukup dikenali termasuk antara penggerak utama Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS)

Penubuhan GPMS digerakkan oleh lima orang mahasiswa dari Kolej Raffles dan Kolej Perubatan King Edward di Singapura (kolej ini kemudiannya menjadi Universiti Malaya, Singapura selepas bergabung dengan Kolej Raffles). Mereka yang bertanggungjawab mengadakan konvensyen dan menubuhkan Jawatankuasa Sementara GPMS dibarisi oleh Aminuddin Baki (Presiden GPMS 1950-1951 dan 1952-1953), Datuk Paduka Prof. Abdul Wahab Mohamed Ariff (Presiden GPMS 1948-1949), Mohd. Nor Marahakim, Abdullah Majid dan Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali.

Bertanding mewakili Barisan Nasional untuk kerusi Parlimen Raub pada Pilihan Raya Umum Keempat, pada 1974 Abdullah menang dengan majoriti sebanyak 5,040 undi mengalahkan calon DAP, Yusof Bador.

Kemenangannya membolehkan beliau diberi kepercayaan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak untuk menganggotai barisan Kabinet dan dilantik sebagai Timbalan Menteri Buruh dan Tenaga Manusia pada 1974-hingga 1976.

Al-fatihah...Moga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya..

Abadikan nama Ghazali Shafie di sekolah Pahang


TEMERLOH 1 Feb. - Kementerian Pelajaran disaran supaya mengabadikan nama Allahyarham Tun Mohd. Ghazali Shafie untuk mana-mana sekolah kebangsaan atau menengah di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Datuk Mohd. Sharkar Shamsudin berkata, langkah itu dapat mengenang jasa tokoh tersebut sebagai pejuang kemerdekaan selain peranannya dalam proses pembangunan negara selepas merdeka.

"Jasa Tun Mohd. Ghazali cukup besar dan tidak ternilai, jadi apa salahnya jika kerajaan mengabadikan nama beliau pada sekolah di negeri ini terutama di daerah Lipis.

"Kalau boleh namanya diabadikan di sekolah di mana tempat Allahyarham belajar sama ada di peringkat rendah atau menengah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan bekas-bekas tentera di Taman Sri Layang/Rimba Mentakab dekat sini .

Pada majlis itu, beliau menyampaikan sumbangan kepada anak-anak bekas tentera yang cemerlang dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun lalu.

Sementara itu, beliau turut meminta Kementerian Pelajaran menilai semula beberapa sekolah di Pahang untuk disenaraikan dalam 20 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) yang diumumkan baru-baru ini.

Katanya, penilaian itu penting memandangkan tiada satu pun sekolah di Pahang tersenarai dalam 20 SBT.

20 buah Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT), yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin , dalam usaha mengangkat kualiti sekolah-sekolah terbaik ke taraf dunia.

1. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Sri Aman, Petaling Jaya, Selangor.

2. Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor.

3. Sekolah Dato' Abdul Razak, Seremban, Negeri Sembilan.

4. Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak.

5. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya, Selangor.

6. SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur.

7. Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra, Kedah.

8. Kolej Tunku Kurshiah, Seremban, Negeri Sembilan.

9. Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang.

10. SMK Sultanah Asma, Alor Setar, Kedah.

11. SMK (P) St. George, Pulau Pinang.

12. Sekolah Menengah Sains (SMS) Tuanku Syed Putra, Perlis.

13. Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya.

14. SMS Muzaffar Syah, Melaka.

15. Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur.

16. SK Zainab (2), Kota Bharu, Kelantan.

17. SK Taman Tun Dr. Ismail 1, Kuala Lumpur.

18. SK Convent Kota, Taiping, Perak.

19. SK Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

20. SK Bandar Baru Uda 2, Johor Bahru, Johor.

(GPMS Pahang menyokong supaya nama arwah Tun Ghazali diabadikan selaras dengan sumbangan dan jasanya yang tidak ternilai, dan akan menghantar satu memorandum ke Kementerian Pelajaran dalam tempoh terdekat supaya mengambilkira sekolah di negeri Pahang untuk disenaraikan sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi)

Tuesday, February 2, 2010

GPMS Sana Sini...


Program Ivory Tower Sekolah Menengah Kebangsaan Mahmud Raub (SEMUDRA) bersama Pelajar-pelajar PRA-U (STPM) dan Pengerusi GPMS Pahang. Beliau menyampaikan ceramah bertajuk PRA-U; Halatuju dan Cabaran kepada 130 pelajar yang bakal menduduki STPM terdiri di kalangan pelajar pelbagai kaum .
Antara intipati ceramahnya menekankan kepentingan perancangan dalam pembelajaran, pembinaan kerangka minda @ mind-set dan cabaran meritokrasi.Program ini hasil inisiatif kaunselor sekolah berkenaan CR Zaidi yang merupakan pengerusi GPMS Raub.