PETUALANG AMANAH BANGSA& AGAMA Versi 1:
Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin melabelkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ‘pengkhianat terbesar perjuangan orang Melayu’.
Beliau turut menyifatkan Anwar sebagai pemimpin ‘lidah bercabang’ yang tidak ragu-ragu untuk menukarkan dasarnya semata-mata untuk manfaat dan cita-cita politik peribadi.
“Anwar pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno, sama seperti saya sekarang, namun beliau kini menggunakan pendekatan penuh penipuan bagi memusnahkan perjuangan kita.
“Beliau sekarang memberitahu semua orang bahawa kita (Umno) berkelakuan kejam. Tolong katakan kepada saya, dalam apa cara kita bertindak kejam?
“Mengapa dia tidak lemparkan tuduhan seumpama ini apabila menjadi salah seorang pemimpin kita?” katanya pada ucapan perasmian mesyuarat Umno bahagian Seri Gading, di Parit Raya.
Muhyiddin juga berkata, pembangkang menerusi kepemimpinan Anwar sedang ‘memutarbelitkan’ fakta untuk mewujudkan persepsi negatif terhadap usaha Umno mempertahankan hak dan institusi Melayu. “Taktik mereka ialah mengulangi satu pembohongan berkali-kali sehingga orang ramai percaya dengan pembohongan itu.
---Anwar yang pada ketika ini merengek dengan sengaja untuk meraih perhatian masyarakat untuk terus bersimpati terhadap kemelut dan masa depannya yang semakin gelap.
Anwar secara terus-terusan menyusahkan rakyat negara ini dengan pelbagai hal yang boleh menghuru harakan serta mencetuskan kekalutan didalam masyarakat khususnya melayu.
Anwar berpolitik semata-mata hanya kerana pangkat dan kuasa. Anwar tidak akan mempedulikan nasib bangsa melayu yang dibelenggu masalah kemelesetan ekonomi atau kesukaran bersaing di bumi Malaysia ini.
Justeru itu, manusia yang bernama Anwar Ibrahim ini adalah ulangan kembali watak si kitul yang menjadi pengkhianat kepada Raja Mendeliar. Cuma bezanya sekarang ialah Anwar sedang mengkhianati bangsanya sendiri.
Apa pun yang pasti, Anwar tentu tidak akan terlepas dengan pembalasan Allah yang Maha Mengetahui terhadap segala perkara yang tersurat dan tersirat.
PENGKHIANAT AMANAH RAKYAT Versi 2:
Ketua Pemuda DAP Anthony Loke Siew Fook membuat aduan polis hari ini dengan "menafikan sekeras-kerasnya" menghina Islam yang didakwa tuduhan palsu terhadapnya melalui blog dan mesej SMS.
Dalam aduannya Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi petang ini, Loke menafikan sekeras-kerasnya pernah menulis beberapa artikel menghina Islam dan juga Sultan Perak dan Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah.
"Dalam dua hari (kebelakangan) ini, beberapa blog dan sebaran SMS telah menuduh saya menulis yang dikatakan menghina Islam dengan kata-kata lucah dan kesat dan yang terbaru menuduh saya menghina Sultan Perak," laporan polis itu dipetik.
"Mereka mendakwa saya menulis artikel-artikel tersebut dalam laman blog http://sjsandteam.wordpress.com/. Saya ingin menegaskan bahawa saya tidak tahu-menahu tentang kewujudan blog ini dan tidak tahu siapa pemunya blog tersebut.
"Saya hanya mengetahui bahawa ada orang yang tidak bertanggungjawab yang telah meletakkan satu kenyataan akhbar saya yang bertajuk 'Ridhuan Tee must apologize to Teoh Beng Hock's family' ke dalam blog tersebut.
"Selepas itu, ada pemberi-pemberi komen yang saya tidak tahu siapa telah menulis beberapa ayat yang kesat terhadap Ridhuan Tee dan agamanya.
"Saya langsung tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen tersebut."
Menurut ADUN Lobak, terdapat artikel yang menuduhnya menghina Sultan Perak dan Raja Nazrin seperti didakwa blog-blog marahku.blogspot.com dan kitaanakmelayu.blogspot.com.
"Saya menafikan sekerasnya-kerasnya dakwaan tersebut. Saya tidak pernah menulis apa-apa tulisan berkenaan dengan Sultan Perak. Ia adalah satu dakwaan yang palsu dan fitnah terhadap saya," kata Loke dalam aduan tersebut.
Benarlah seperti apa yg diperkatakan dalam Al-Quran...jangan terlalu bekerjasama dengan orang2 kafir HARBI ini, akhirnya mereka tidak gerun lagi dengan umat Islam malah memperlekehkan lagi sewenang wenangnya agama serta bangsa kita.
Firman Allah s.w.t., maksudnya:
“Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman.Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu
apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali.”
(Ali ‘Imran: 28)
4 comments:
Salam,
Bila nafsu berkuasa sudah menenggelami pemikiran, agama dan bangsa tidak perlu untuk difikir....
Melayu bacul dan dayus dalam PAS dan PKR perlu keluar dari sifat-sifat ini.....
Yang Gambi, terima kasih ats komen yg diberikan. Harap2 orang Islam berbangsa Melayu sedar "mainan" politik kotor puak2 ni.
Tok Adi akui artikel (dipetik dari pelbagai sumber blog2) ini agak "keras" berbanding sebelum2 tetapi ia bertujuan untuk menginsafkan kita semua tentang apa yang berlaku dan semoga kita kembali ke pangkal jalan.
Politik Malaysia semakin 'kotor' kini. Tah la... kadang2 kita mcm tak tau sape betul dan sape yg salah! Kita umpama pelanduk yg mati ditengah2...
tetibe tebukak blog nie. tak tau plak ada blog nie.
ala leceh jek politik malaysia.
pembangkang ckp kerajaan salah
kerajaan ckp pembangkang salah.
korang bersatu jek bleh tak? kat
gaduh cam taik. hutang negara nie yang melambak tu setelkan dulu. kat sabah tu org miskin tak cukup makan melambak. umah YB besar2 keta memahal melambak. pembangkang lak sebok nak takeover.sumer giler kuasa. nak pentingkan bangsa sangat? cam abu jahal jek berperang kerana bangsa. nak mintak keje kerajaan pun skang nie guna cabel memanjang. kebanyakan orang yang takde kenal tak dapat kerajaan. men kroni. parah da malaysia nie. sebok khutbah jumaat citer rasuah. tapi menteri bagi rasuah. polis terima rasuah. sumer maslah nie dan banyak lagi masalah kat negara nie yang menyampah aku nak tulih biler nak settle? daripada kiter sebok salahkan orang, bek kiter uat keje kiter sndiri. kalu pembangkang baca nie, korang pun sama jek. ada yg pakai kopiah depan orang tapi gi disco memalam. korang pun rasuah gak. korang pun kroni gak.
delete jek blok nie. atau tukar isi die kepada cadangan2 untuk masa depan negara atau pujian kepada pihak yang len. barulah negara aman. kan islam suh bermaaf-maafan dan menyembunyikan kesalahan orang len.
dahla bek aku keja balik. nnti bleh bayar cukai pendapatan pastu blehlah negara nie ada pendapatan ckeeeeeeeeeeeeeeeet. takpelah, jnji aku tak susahkan orang
Post a Comment