Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah meminta semua pihak agar bersabar dan menyerahkan kepada mahkamah untuk menyelesaikan isu hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi Shukarnor.
Baginda yang juga Yang di-Pertua Majlis Agama Islam dan Adat Resam Pahang bertitah, keputusan menangguhkan hukuman tersebut perlu dihormati bagi membolehkan pihak mahkamah mencari penyelesaian sebaik mungkin dalam masa terdekat.
"Dengan berkat bulan Ramadan ini mungkin ia dapat diselesaikan," titah baginda selepas berbuka puasa bersama-sama penduduk dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Ibam.
Baginda bertitah demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan beberapa pihak termasuk pemimpin kerajaan berhubung penangguhan hukuman sebat tersebut.
Semalam, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan Datuk Abdul Rahman Yunus mengarahkan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) supaya menangguhkan hukuman sebat ke atas Kartika sempena menghormati kemuliaan Ramadan.Berikut disiarkan Komen "Pro-Syarie" melalui posting "Pahang DAULATkan Undang-undang Islam secara Tadrij.."20 Julai 2009...
- Pro Syarie said...
Deskripsi gambar tak betul! Tu hukuman dalam sivil mmg nampak kejam berbeza pelaksanaan dlm Syariah...
Procedure untuk menjalankan hukuman sebat di Negeri Pahang ada dinyata dan diperincikan secara jelas melalui Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 melalui Seksyen 125 dan 126 Enakmen itu.
Antara lain seksyen ini menyebut :-
1. Alat sebatan yang digunakan hendaklah diperbuat dari rotan atau ranting kecil yang tiada ruas atau buku dan panjangnya tidak melebihi 1.22 meter dan tebalnya tidak melebihi 1.25 sentimeter
2. Kalau pesalah itu hamil, hukuman itu hendaklah dilaksanakan selepas 2 bulan dia melahirkan anaknya.
3. Pesalah hendaklah diperiksa tahap kesihatannya oleh Pegawai Kesihatan Kerajaan.
4. Hukuman sebat itu hendaklah dengan kehadiran Pegawai Perubatan Kerajaan.
5. Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.
6. Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk
7. Sebatan hendaklah dijalankan dengan kekuatan sederhana iaitu tukang sebat itu tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala supaya tidak melukakan kulit pesalah.
8. Pegawai Perubatan Kerajaan akan memperakukan samada pesalah itu masih boleh menerima sebatan atau ditangguhkan untuk baki sebatan.- Hakikatnya, hukuman rotan Syariah tidak sama dengan cara sebatan sivil, dan ia lebih untuk mendidik masyarakat Islam supaya memahami pendekatan yang dipraktiskan. Kartika sendiri yang meminta supaya hukuman rotan ini dilaksanakan ke atasnya, bukan paksaan, walaupun terdapat pilihan lain iaitu lazimnya pesalah dikenakan hukuman denda @ penjara...Ini turut membuktikan bahawa perjuangan menegakkan hukum Syariah bukan HAK MILIK EKSKLUSIF pihak/parti tertentu...
1 comment:
Salam bro,
Tetapi puak-puak munafik Mleyu Islam sengaja membuat isu ini seolah-olah kekejaman yang di bawah Kerajaan UMNO-BN Pahang.
Kawan terkilan juga, banyak blogger-blogger Melayu yang mengekploitasikan isu ini tanpa merujuk perbezaan hukuman rotan di mahkamah sivil dengan syari'ah yang disiarkan dalam akhbar.
Bagaimana kalau 'hudud' yang akan dilaung-laungkan oleh PAS, bagaimana penyokong-penyokong ini akan memperkatakannya ? Itu baru permulaan gambaran hukum Islam yang hendak dilaksanakan, mereka sudah mengwar-warkannya sebegitu rupa...
Daulat Tuanku......Daulat Tuanku
Post a Comment