Friday, August 21, 2009

Orang Asal Didahulukan....

Rosman Abdullah (kanan), Wahid Abdullah dan Norizan Abdullah antara 161 Orang Asli dari Pos Lanai, Cameron Highland, Pahang yang menerima bayaran dividen RISDA sebanyak RM500 seorang. Penyampaian dividen berjumlah RM80,500 itu disampaikan oleh Menteri Besar Pahang, Dato Sri Adnan Yaakob.
Ini membuktikan kerajaan Negeri Pahang di bawah kepemimpinan beliau terus mengutamakan pembangunan di kalangan orang Asal di negeri tersebut, selain program PETAMA Yayasan Pahang yang ternyata membela nasib mereka dari aspek pembangunan modal insan.

3 comments:

YANG GAMBI said...

Salam Ramadhan,

Kekadang orang Melayu tidak pernah bersyukor dengan apa yang disediakan pemimpin, bila sudah menikmati hasil, merekalah yang menjadi petualang bangsa untuk meruntuhkan perpaduan.

Orang Asal terkenal dengan sikap mengenang budi walau pun mereka tidak sepenuhnya menikmati kehidupan di bandar....

Long Mujahidin Jr. said...

cube bg data setakat mana yg dah kerajaan BN bantu org Asli ...harapkan projek2 utk org Asli,tp hanya utk tembolok besar puak2 lintah darat ni, akhirnya jd la org Asli puak yg terasing dek pembangunan, sama spt Red Indian di US & kaum Maori di Nz

SaKa AdiWangsa said...

Yang Gambi: Orang Asal bukan setakat mengenang budi tetapi bersyukur dia atas setiap kurniaan Tuhan dan kerajaan BN
Long Mujahdin: Ni versi senator Long Jidin yang mudah lupa, nak data pegi la rujuk JHEOA sbb kalau disiarkan di sini pun jawapan u all tetap menafikan sumbangan kerajaan selama ini! Jangan dinafikan apa yang kerajaan dah bangunkan untuk kaum aborigine di Malaysia berbanding kaum2 asli di negara yang tuan maksudkan.