Thursday, August 13, 2009

"Fatwa" Tok Guru Lesen Besar DAP Hina Islam...



Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak membantah tindakan segelintir pemimpin DAP menghina Islam kerana parti itu bukan parti Islam dan kefahaman mereka terhadap Islam mungkin tidak mendalam.
Beliau sebaliknya menyalahkan sikap pemimpin Islam yang menolak ajaran Islam sehingga agama itu tercemar dan telah disalahertikan kesuciannya oleh mereka yang bukan Islam.
"DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam," katanya kepada pemberita di sini hari ini ketika diminta mengulas tindak-tanduk beberapa pemimpin DAP kebelakangan ini yang dilihat menghina Islam.
Nik Aziz berkata, untuk meningkatkan kefahaman DAP terhadap Islam, Pas sebagai rakan kepada DAP dalam pakatan pembangkang, mengambil pendekatan memberi penerangan kepada pemimpin-pemimpin parti itu supaya mereka lebih memahami Islam.
"Kita mendekati mereka melalui forum, wacana dan perbincangan," katanya.


(Tok Adi bimbang dengan tafsiran "Tok Guru Politik" ni akan mencetuskan lebih ramai "ulama" DAP, kalau dah nama kafir harbi buat ape lg kita nak berdampingan, silap2 dgn kita kena kesampingkan, mungkin Pok Nik terlupa (atau buat2 terlupa) kalimah keramat Sheikhul Karpal tentang kalau nak tubuh negara Islam.....Kenyataan ini ternyata meletakkan kedudukan Islam berada pada situasi terancam, jangan disebabkan matlamat politik dan kuasa, masa depan & kesucian agama kita dinodai ...Nauzubillah)

5 comments:

YANG GAMBI said...

Salam,

Nik Aziz kata PAS akan mendekati DAP untu berdakwah supaya meraka yang kafir ini mengenali budaya Islam sebenar.

Inilah budaya Islam yang nak Nik Aziz perkenalkan kepada DAP sehingga menghina Islam itu sendiri....

SaKa AdiWangsa said...

Yang Gambi: Mungkin Pok Nik dah terlalu "tua" untuk berpolitik. Akhirnya, kata2 hikmah dah jd "racun' buat umat Islam di Malaysia...Dalam Utusan hari ini,
Pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid menegaskan, perkara itu amat serius kerana apabila dibiar berterusan akan menjadikan sesuatu yang menghina Islam sebagai perkara biasa pada akhirnya.

“Bagi saya, pendapat Nik Abdul Aziz itu sangat dipengaruhi oleh pendirian politik. Ia adalah amat membimbangkan kerana akan menghakis terus perasaan sensitiviti terhadap kesucian agama Islam.

“Apabila dihina, kita hanya senyap dan pada masa yang sama seperti mengizinkan. Lama-kelamaan ia akan menjadi seperti perkara biasa dan kalis serta jika berlaku, adalah sesuatu yang amat malang bagi umat Islam,” .
Tegas Mahmood Zuhdi, dalam setiap isu berkaitan dengan agama, tidak sepatutnya dipolitikkan kerana dibimbangi akan menjejaskan kesucian Islam itu sendiri.

Justeru, beliau yakin sekiranya Nik Abdul Aziz tidak berada pada kedudukan sekarang sebaliknya sebagai ulama biasa, pasti akan berasa sensitif dengan penghinaan dan cacian terhadap Islam yang dihamburkan oleh orang bukan Islam.

“Inilah bahayanya apabila orang- orang agama memakai topi atau pakaian politik. Saya berpendapat mungkin Nik Abdul Aziz sedikit terkeliru kerana tidak mendapat maklumat tepat dalam perkara ini,” katanya.
Sementara itu, Rektor Kolej Islam Darul Ridzuan, Prof. Datuk Dr. Mohammad Yusoff Hussain menegur Nik Abdul Aziz yang terlalu memberi ‘muka’ kepada DAP atas alasan mereka tidak memahami Islam secara mendalam.

“Kenyataan itu adalah jelas tidak tepat kerana saya percaya orang bukan Islam di negara ini sebenarnya sudah cukup faham dengan Islam. Cuma mereka tidak mahukan syariat Islam ditegakkan di negara ini.

“Kalau mereka tidak faham, maka sudah pasti mereka tidak akan mengeluarkan sebarang komen mengenai undang-undang Hudud seperti yang dinyatakan oleh salah seorang pemimpin mereka dahulu iaitu, ‘langkah mayat aku dahulu’,” katanya.

Sebaliknya, beliau berkata, sebagai seorang ulama, Nik Abdul Aziz sepatutnya membetulkan persepsi orang bukan Islam terhadap ajaran Islam dan bukannya menambah kekeliruan mereka.

Mohammad Yusoff berkata, Nik Abdul Aziz seharunya mengutamakan objektif dan bukan menekankan kepada perkara subjektif iaitu kepentingan politik sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

“Jangan menyokong DAP hanya kerana mereka bersekongkol atau berada sekumpulan dengan kita dengan membuat pelbagai cara untuk menghalalkan apa yang mereka cakap.

“Tidak bolehlah membutakan mata, memekakkan telinga demi kepentingan golongan yang diwakili, kerana secara tidak langsung Nik Abdul Aziz telah menyokong golongan menghina Islam,” katanya yang juga bekas Mufti Wilayah Persekutuan.

bRAVEhEART said...

Salam,

Segalanya berpunca dari PAS. PAS yang mengadaikan Islam demi kekuasaan politik, menggadaikan bangsa Melayu demi kepentingan penguasaan politik mereka, sanggup bersama kafir harbi hanya kerana ingin menumbangkan kerajaan yang dipimpin oleh orang melayu @ UMNO. PAS parti yang mencelakakan bangsa dan negara ~ bRABEhEART

SaKa AdiWangsa said...

Beranikan Hati:- Moga2 orang Melayu sedar, dan terjemahkan melalui protes di Permatang Pasir

MelayuHanyaNama said...

Ya, semoga melayu sedar dan undi pas lagi di permatang pasir. Dan BN untuk kali yang seterusnya tersungkur lagi. Dah 6-0 dah bai. Cakap je besar. Hehehe.