Saturday, August 8, 2009

Dari Rompin ke Washington ...


Bekas menteri Kabinet Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis, 58, dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat yang baru berkuatkuasa Selasa, kata Wisma Putra dalam kenyataan.

Menurutnya anggota Parlimen Rompin itu yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno, akan memegang jawatan itu dengan taraf menteri.

Beliau telah pun menerima watikah pelantikannya daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Dr Jamaludin, yang memegang ijazah kedoktoran dalam kejuruteraan elektrik pengkhususan sistem kuasa dari McGill University, Kanada, menyertai Kabinet sebagai Menteri Kewangan Kedua pada November 2002.

Dalam rombakan Kabinet secara kecil-kecilan pada Januari 2004, beliau dilantik Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan kira-kira tiga bulan kemudian sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, jawatan yang dipegangnya sehingga Mac tahun lepas.

"Sebelum menyertai Kabinet, beliau ialah pengerusi Tenaga Nasional Berhad, syarikat utiliti tenaga negara dan syarikat senaraian terbesar di Bursa Saham Kuala Lumpur(BSKL) daripada segi penguasaan pasaran," kata Wisma Putra.

Beliau juga bekas pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dan pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC), katanya.

Dr Jamaludin memulakan kerjayanya sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada 1974 dan meninggalkan institusi itu pada 1984 untuk memulakan syarikat perkhidmatan perundingannya sendiri, J & A Associaties, khusus dalam kuasa elektrik dan kejuruteraan mekanikal.

Beliau berkahwin dengan Dr Kalsom Ismail, lulusan doktor pergigian, dan mereka mempunyai empat cahaya mata.

3 comments:

YANG GAMBI said...

Salam,

Mudah-mudah beliau lebih mendapat pertunjuk untuk negara Malaysia....

Al-Capone said...

Harap2 Dato JJ insaflah, jgn la bejubor kat tmpt mat salleh, al maklumlah sana mana ada JAIS, BADAR @ seumpama dgnnya...

SaKa AdiWangsa said...

Al-Capone, dan sekutu2nya, harap dpt gunakan bahasa yang sopan dan jgn menyentuh hal peribadi org lain. Cukup kurang ajar kalau anda jadikan blog ini sebagai medan menghentam peribadi seseorg. Tq