Saturday, September 12, 2009

Kempen Ahli Melalui Facebook, Myspace..


Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg menyatakan jumlah mereka yang menggunakan perkhidmatan rangkaian sosial dalam talian itu meningkat kepada 250 juta orang.

Zuckerberg dalam mesej yang disiarkan dalam blog rasmi Facebook berkata, perkembangan pesat itu membuatkannya terharu dan teruja.

“Bagi kami, peningkatan kepada 250 juta pengguna bukan sahaja sebagai angka yang mengagumkan tetapi juga sebagai ukuran berapa banyaknya hubungan peribadi yang anda telah lakukan,” jelasnya.

Palo Alto, ibu pejabat Facebook di California yang ditubuhkan pada 2004, menjadi perkhidmatan rangkaian sosial dalam talian yang paling popular mengalahkan MySpace yang dimiliki oleh News Corporation.

Syarikat Internet Rusia menawarkan AS$100 juta (RM358 juta) untuk membeli saham daripada pekerja-pekerja Facebook melalui perjanjian yang akan meningkatkan nilai perkhidmatan rangkaian sosial dalam talian kepada AS$6.5 bilion (RM23.3 bilion).

Syarikat Rusia, Digital Sky Technologies (DST) itu melabur sebanyak AS$200 juta (RM716 juta) ke atas Facebook pada Mei lalu dan menawarkan sebanyak AS$14.77 juta (RM52.8 juta) untuk satu unit saham biasa Facebook.

Zuckerberg yang juga ketua eksekutif Facebook berkata, keputusan untuk menjual saham-saham itu terletak di tangan para pekerja dan tawaran itu dikatakan akan mengiktiraf pertumbuhan Facebook serta menjadikan dunia lebih terbuka dan saling berhubung.

Syarikat gergasi perisian komputer AS, Microsoft telah membeli 1.6 peratus kepentingan dalam Facebook bernilai AS$240 juta (RM859 juta) pada 2007, perjanjian yang meletakkan nilai syarikat itu kepada AS$15 bilion (RM53 bilion). – AFP

Secara realitinya, kumpulan generasi Y yang merangkumi kumpulan anak muda 18 tahun ke bawah, jargon seperti Yahoo Messenger, Blogspot, Twitter, MySpace, Spacebook, PS3 dan XBox barang kali bukan lagi sesuatu yang asing. Tak keterlaluan jika dikatakan, elemen-elemen sebegini bagai 'santapan' harian anak-anak pasca abad ke-21. Daripada penyelidikan dan pemantauan, didapati hampir 90 peratus pelajar memiliki telefon mudah alih sendiri. Rata-ratanya pula cenderung ke arah perisian permainan PSP dan PS3 terkini serta 'ketagihan' aplikasi Web 2.0 seperti Facebook dan Friendster.

Dengan jutaan laman web membanjiri dunia maya, teknologi perlu dipergunakan semaksimum mungkin untuk kebaikan, menggali ilmu dan informasi terkini di serata dunia.

Justeru, GPMS perlu kreatif dan inovatif untuk menarik gen Y melalui medium baru ini, seterusnya merancakkan kempen keahliannya yang dilihat agak suram / kurang sambutan. Berapa status terkini ahli GPMS seluruh negara? 3000? 30 000, @ 300,000?

1 comment:

Ahli Tanpa Nama said...

Apa jaminan kualiti ahli yang dicari secara pukal melalui laman sosial spt facbook & my space? Adakah GPMS "desparate" untuk mendapatkan kuantiti ahli, sedangkan kualiti tentunya boleh dipertikaikan...Kembali lah kepada asas pembinaan pertubuhan yang berlandaskan latihan dan kaderisasi biarpun ahli hanya satu unit platun, tapi impaknya bisa menggegarkan...