Wednesday, June 3, 2009

Halatuju GPMS Pahang...suara akar umbi atau hak mutlak Presiden?


Selaras dengan Akta Belia, akan berlaku perubahan pucuk pimpinan GPMS Pahang. Kalau mengikut seniority, Timbalan Pengerusi YB Dato Sahfri akan memikul tanggungjawab meneruskan kesinambungan kepemimpinan Pengerusi sekarang, Mustapa Long. Namun hakikatnya beliau al maklum YB bertaraf EXCO, tentunya sibuk dengan tanggungjawab terhadap kerajaan negeri dan rakyat serta parti.
Khabarnya, Sdr Wan Emril dan YB Norol menjadi nama pilihan yang disebut-sebut untuk mengganti tugas penting meneruskan legasi Pak Mus. Tetapi jika kita merujuk Perlembagaan GPMS, kuasa melantik pengerusi negeri adalah hak milik mutlak Presiden GPMS Pusat. Justeru, biar siapapun yang akan dipilih, pastinya calon itu mesti disenangi dan yang penting menjadi orang kepercayaan Presiden pusat di Pahang, tambahan pula negeri Perdana Menteri Malaysia beb!
Ada cadangan ditimbulkan supaya GPMS ini dipimpin oleh golongan pelajar atau mahasiswa kerana mereka adalah golongan terdekat dan berada dalam lingkungan pelajar. Di kalangan pelajar pulak rasa macam tak praktikal sebab diaorang pun masih terikat dengan institusi masing2 dan masalah funding yang menjadi keutamaan...
Kepada senior2, pimpinan2, rakan2, sahabat2, aktivis2, dan sesiapa sahaja dipohon memberikan ide dan buah fikiran untuk membawa halatuju GPMS Pahang ke satu dimensi yang seterusnya

5 comments:

Cucu Tok Bahaman said...

Salam, GPMS perlu melalui proses peremajaan iaitu membenarkan ahli atau suara akar umbi menentukan pucuk pimpinan negeri, tentang pelajar yang memimpin persatuan, bab ini rasanya eloklah diaorang belajar, slogan GPMS Belajar Terus Belajar, kalau sibuk sangat berpersatuan, habisla study. Nak kena tumpu kolej lagi bla bla. Pemimpin yang nak ambik alih kena tunjuk minat dan ada team, ini kerja sukarela, kalau buat sorang2 nanti syok sendiri plak. Anyway GPMS Pahang ada peningkatan berbanding kepimpinan sebelumnya, wajar pewaris kena rasa bertanggungjawab lebih

Anonymous said...

seperti yang kita maklum. pergerakan GPMS diperingkat IPTA boleh dikategorikan sebagai agresif dan selalunya terlalu emosional dan tidak menunjukkan kematangan pemikiran sebagai pemimpin.

Pergerakan GPMS selalunya bermain dengan isu hanya secara general tanpa membuat research dengan baik mengenai isu yang dibawa justeru ianya memakan diri sendiri apabila tindakan yang diambil tidak mendapat sambutan dan respon positif dari mahasiswa dan pihak universiti.

GMPS peringkat IPTA juga menarik minat mahasiswa untuk menjadi ahli dengan mebawa semangat kemelayuan yang sehingga bertindak tidak rasional.

secara peribadi, saya tidak menyertai GPMS di universiti kerana kesal dengan kepimpinan GMPS yang tidak matang dan tidak intelek. secara tidak langsung bimbang ia mencerminkan kredibiliti keseluruh kepimpinan GPMS pusat.

sekadar melontar pendapat, pelantikan presiden GPMS peringkat universiti juga perlu dipantau agar tidak mencemar imej dan kredibiliti kepimpinan GMPS secara keseluruhan.

Anonymous said...

Salam Tuan Puan, pak belalang mengucapkan tahniah kepada GPMS Pahang kerana usaha yang begitu giat dalam membangunkan belia di negeri ini terutama modul insan atau dalam bahasa arab disebut "roisul mal".

Anonymous said...

Encik Wan Emril dan YB Norol dua nama yang pak belalang akan kenang sampai bila-bila. Hebat dan memiliki ciri-ciri pemimpin yang boleh dibanggakan. Memang pak belalang setuju sangat andai dua nama ini tercalon untuk meneruskan agenda perjuangan bangsa yang sebelum ini dikepalai oleh pak mus.
Encik Wan Emril, pak belalang sangat kenali sebagai seorang yang banyak jasanya terhadap para pelajar. Pak belalang yakin ramai peminat dikalangan para siswa seluruh malaysia.
ohya! tahniah encik Wan Emril, semoga dengan beroleh anak kembar baru-baru ini akan menaikkan lagi semangat perjuangan anda dalam memperjuangkan bangsa tercinta.
Untuk YB Norol, yeruskan dengan sikap anda yang berjiwa rakyat, pak belalang yakin, jika YB terus dengan agenda perjuangan yang suci pasti YB terpilih lagi akan datang jadi wakil rakyat.

unGPMS said...

Salam GPMS.. Bercakap soal kepimpinan GPMS di Pahang Sememangnya Nama Wan Emril & YB Noorul menjadi sebutan.

Adalah penting bagi GPMS Pahang mempunyai seorang pengerusi yang berwibawa.

Tidak dapat dinafikan Wan Emril merupakan orang yang berusha keras bagi meneruskan perjuangan GPMS di bumi TokGajah ini.

Pengalaman dan jaringan beliau meliputi institusi pengajian & networking diluar lingkunganya menjadikan beliau orang yang paling layak untuk menggalas cabaran bagi meneruskan kesinambungan GPMS Pahang.