Wednesday, June 10, 2009

GPMS Pahang kutuk serangan ke atas masjid di Narathiwat


GPMS Pahang hari ini mengutuk sekeras-kerasnya kejadian serangan di sebuah masjid di Narathiwat, selatan Thailand malam Isnin lepas yang mengorbankan 11 orang termasuk imam serta mencederakan 19 orang lagi yang sedang bersolat.
Sambil menyifatkan serangan itu sebagai yang paling dahsyat dalam siri serangan ke atas masjid dan tempat beribadah di selatan Thailand.
GPMS percaya serangan bersenjata itu dilakukan oleh kumpulan yang disokong oleh pihak tertentu dengan tujuan menakut-nakutkan umat Islam supaya berhenti daripada menuntut hak mereka.
"Kita menggesa kerajaan Thailand supaya menyiasat kejadian itu dan membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.
"Kerajaan Thailand juga hendaklah mengambil langkah bagi memberi perlindungan ke atas nyawa dan harta benda umat Islam di selatan Thailand dan di seluruh negara itu daripada ancaman keganasan," ujar GPMS Pahang dalam satu kenyataan .

Dalam kejadian itu enam lelaki bersenjatakan rifal automatik memasuki masjid Al-Furqan di daerah Cho-i-Rong, wilayah Narathiwat ketika waktu solat Isyak dan melepaskan tembakan ke arah jemaah menyebabkan 11 orang termasuk imam Wan Abdullah Wan Latif terbunuh dan 19 lagi cedera.
(Tok Adi terpikir sebagai umat Islam di Malaysia kita wajar bersyukur atas nikmat keamanan yang Allah kurniakan kepada kita, kukuhkan lah semangat perpaduan di kalangan kita, Berpeganglah kamu pada tali Allah dan jangan berpecah belah....)

2 comments:

? said...

Hidup GPMS, Takbir!

Anonymous said...

PAS - UMNO kena bersatu, cukup lah jadi kuda tunggangan PKR dan DAP. Diaorg nak kuasa untuk memerintah, bila kuasa dapat ditangan DAP-PKR, habislah orang Islam di Malaysia, lagi azab dan dahsyat di sembelih oleh org kafir harbi, tak yah jauh negara jiran dah tunjuk contoh. Pertahankan kuasa yang kita ada!!!