Pusat Bimbingan dan Kecemerlangan GPMS terletak di Taman Inderapura, Jalan Kuantan-Pekan, mula beroperasi semula pd 2.02.09 di bawah teraju baru, Cikgu Atan @ Nasrul Hisham. Memulakan rentak pengajaran dgn kelas Bahasa Melayu utk tkt 3, pusat ini dijangka akan terus menerima pelajar meliputi kelas UPSR, PMR dan SPM. Setakat ini, kelas bimbingan diadakan pada malam Isnin, Selasa dan Jumaat bagi subjek BM, BI, Sejarah, Sains dan Matematik utk pelajar tingkatan 3, dan diajar oleh guru-guru berpengalaman dan pemeriksa kertas . Salah seorang penjaga ketika ditemui berpuas hati dengan kemudahan dan prasarana yang disediakan oleh pusat ini , "Memang berbaloi la rege (harga) yuran dgn kemudahan serta guru yang disediakan," ujar Encik Ramli dari Taman Inderapura.
Kepada yang masih berminat boleh menghubungi SU Kerja GPMS - Illa (0199761531) / Cikgu Atan 0129631893
5 comments:
Assalammualaikum
Tahniah buat GPMS Pahang di atas inisiatif bina semula pusat bimbingan GPMS. Semoga dengan pembukaan semula pusat bimbingan nie akan membuahkan hasil yang terbaik, demi kecemerlangan anak bangsa kita.
Saya masih tercari-cari ke mana semangat yang hilang. Hilang di tiup angin, entahlah…masih adakah sinar dan hari esok untuk saya bersama GPMS.
Kita hanya merancang, tapi Allah juga yang menentukan.
Sahabatku dari Gunung,
Jgn mudah mengalah, ini soal pendirian & perjuangan masih panjang, yang penting wadah pemimpin dtg & pergi...Teruskan, khidmat baktimu masih di tagih
Aih, sudah tukar ke, ape jd dgn pengetua lama yang dah bertungkus lumus membangunkan pusat tu, ketua penerangan cikgu Jo? Takkan habis madu sepah dibuang..
Semekom, koi menulis bukan berpihak pada mana tp skit sebyk tau la apa yang belaku dlm gpms phg, cikgu jo ni dulu anok emas pengerusi, dilambung tak jatuh , tp ape ke halnya krisis yang melanda hubungan deme ni dingin tak menentu sorang pandang ke timur sorang lg dok merenung ke selatan.
Keje dlm NGO ni takleh over sgt, buat utk kepuasan hati dan skit sumbangan utk org ramai, ni kalau dah ada agenda peribadi ni tu yang tak kena tu. Se lg, bukan boleh kaya pun pegang jawatan dlm NGo mcm gpms ni, duit poket kuar ada ler, masyuk tarak ko...
Oleh itu, hargai lah sumbangan org walaupun kecil sbb bukan mudah nak cari org buka keje suke dan rela ni. Koi pun maleh nak berleter pjg2 hopefully, carila damai abadi sedangkan lidah lg tergigit!
Kepada Jo Fan Club & Gua ikir Melayu Songlap (GPMS):-
Sekali air bah, sekali pantai berubah, GPMS Pahang akan mengalami transisi kepimpinan baru selaras dengan Akta Belia, Cikgu Jo akan diberi peranan yang lebih besar, Pusat Bimbingan akan diteraju oleh Ketua Penerangan baru mengikut tradisinya. Khidmat dan jasa Cikgu Jo masih terkesan. Soal salah tadbir urus dalam pusat hanya isu terpencil, ini disebabkan pusat ini baru sahaja beroperasi tentu ada kelemahan yang perlu dibaikpulih untuk kepentingan pelajar Melayu. Belajar terus Belajar!
Post a Comment