Tuesday, June 16, 2009

Biasiswa JPA untuk pelajar bukan bumiputera meningkat


Bilangan pelajar bukan Bumiputera yang layak menerima biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) meningkat dengan ketara tahun ini, iaitu mencecah sehingga 600 peratus berbanding tahun 2000, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Menurut perangkaan JPA, seramai 924 pelajar bukan bumiputera daripada keseluruhan 2,100 pelajar layak menerima tajaan JPA untuk mengikuti pengajian di luar negara tahun ini, berbanding hanya 150 daripada 748 pelajar pada 2000.
Tahun lepas, seramai 900 pelajar bukan bumiputera mendapat manfaat daripada pemberian biasiswa itu daripada keseluruhan 2,000 pelajar yang layak.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz ketika menjawab soalan Tan Ah Eng (BN-Gelang Patah) berkata kerajaan telah menggubal dasar penajaan Program Ijazah Luar Negara (PILN) 2009 bagi mengatasi ketidakseimbangan permohonan biasiswa JPA antara bumiputera dan bukan bumiputera.
Kerajaan, pada 14 Jan tahun ini, juga telah memutuskan dasar penajaan itu dibahagikan kepada empat kategori iaitu kecemerlangan akademik, populasi kaum, bumiputera Sabah dan Sarawak serta golongan pelajar luar bandar dan bandar yang berpendapatan rendah dan mempunyai kemudahan pembelajaran terhad.
(Tok Adi agak terkejut dengan perkembangan ini, ternyata kerajaan terlalu berlembut dan melayan kehendak bukan Bumiputera sehingga mengorbankan hak keistimewaan golongan Bumi, tu pun masih ada lagi puak yang tak reti nak bersyukur dan berterima kasih menuduh kerajaan berat sebelah , elok hantar balik ke negara asal baru tau tinggi rendahnya langit...)

1 comment:

Anonymous said...

Hey, Biasiswa JPA, what itu JPA? JPA = Jabatan Perkhidmatan Awam, itu untuk semua warganegara Malaysia, bukan Bumi saja.
Jika non-Bumi ambil Biasiswa yg tawar utk Bumi saja, tak patut lar. Tapi JPA = utk semua warganegara! Non-bumi dapat result yang cemerlang dan dapat biasiswa, apa salahnya? Jika Bumi memang lebih bagus dalam ujian dan dapat semua biasiswa, ambillah!
Kenapa tak bagi lebih cukai kepada kerajaan pada masanya meminta lebih manfaat?
Dan satu lagi point, negara asal non-bumi tak semestinya lebih mundur daripada Malaysia. Sila pergi oversea makan angin sikit pada cuti.