Tuesday, November 24, 2009

PEMBENTANGAN BAJET NEGERI PAHANG 2010 : Mesra Belia


Petikan Ucapan YAB Menteri Besar Pahang, Dato Sri Adnan Yaakob yang menyentuh tentang keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap belia;

"Kerajaan juga akan memberikan perhatian kepada kegiatan pertubuhan bukan kerajaan. Selama ini pun banyak peruntukan yang disarlukan melalui peruntukan Menteri Besar, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dan juga wakil-wakil rakyat yang disalurkan kepada pertubuhan bukan kerajaan ini.

Kerajaan Negeri akan mendekati pertubuhan bukan kerajaan ini dengan cara mengadakan perjumpaan dan menganjurkan kegiatan yang memberikan faedah kepada pertubuhan dan ahli-ahli mereka.

Kegiatan yang bercorak kemasyarakatan dan kebajikan seperti bergotong royong, kempen kesedaran akan digalakkan dengan kerjasama yang akan diberikan oleh Kerajaan Negeri.

Program yang melibatkan belia akan diberikan fokus pada kali ini. Ini adalah untuk menjamin bahawa belia-belia tidak terabai dan mereka akan merasakan bahawa mereka adalah sebahagaian daripada kerajaan dan negeri.

Program yang melibatkan kegiatan belia akan dilipat gandakan dan apabila sesuai kerajaan akan menghulurkan bantuan yang sewajarnya. Adalah diharapkan dengan cara ini golongan belia akan sentiasa terlibat dalam kegiatan yang memberikan faedah kepada mereka sendiri.

Saya sendiri bercadang akan berjumpa dengan golongan belia yang sekarang ini digelar sebagai mat rempit. Dalam perjumpaan ini nanti saya akan memberikan nasihat dan pandangan yang sesuai untuk difikir dan ditimbang oleh mereka.

Ini akan membuktikan kepada mereka bahawa kerajaan tidak meminggirkan mereka sama sekali. Mungkin dengan cara ini kegiatan mereka yang membahayakan diri mereka dan pengguna jalanraya yang lain akan dapat dihapuskan ataupun dikurangkan.."

2 comments:

Anonymous said...

Salam
tahniah kerajaan negeri atas pimpinan YAB Dato Sri Adnan YAakob yg prihatin terhadap belia. TETAPI agak musykil berapa jumlah peruntukan yang telah disediakan untuk pembangunan belia ini...manakala berapa peratuskah daripada jumlah keseluruhan bajet defisit yang telah beliau bentangkan? Percayalah jumlahnya hanya sekelumit sahaja berbanding belanja pembangunan @ lebih tepat lagi PROJEK yang telah dikhaskan kepada kroni2 kerajaan negeri dan parti, jadi di manakah kewajarannya, adakah kerajaan negeri benar2 serius menangani masalah kebejatan akhlak di kalangan belia?
Berapa banyak pusat hiburan/karaoke di bandar kuantan yang tumbuh mcm cendawan selepas hujan? Sape yang keluarkan lesen, kalau bukan PBT? PBT under sape?
Pusat rumah urut pun dah mula menampakkan kebanjirannya dihalalkan atas nama pusat kesihatan, tp di belakangnya...!
Silap2 GPMS ini pun "machinery" kerajaan untuk menampakkan peranan kerajaan negeri, lebih baik pakai GO (Governmental organization) buang je perkataan Non tu, sbb bila NGO ni sah2 tak sokong kerajaan!

SaKa AdiWangsa said...

Assalamualaikum tuan tanpa nama,
terima kasih atas komen yang membina dan teguran yang konstruktif, diharapkan agar tuan dapat menggunakan nama rasmi @ blog rasmi agar tidak sifatkan sebagai golongan "lempar bom sembunyi tangan".
Terima kasih sekali lagi, teruskan memberi komen untuk pembangunan anak bangsa.