(Petikan Ucapan YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak ketika Sidang Invest Malaysia ke-5 di Hotel Shangri-La, 30 Jun 2009)
TERLEBIH dulu, saya ingin mengucap terima kasih kepada pihak penganjur Invest Malaysia 2009, kerana menjemput saya menyampaikan ucaptama pada Sidang Invest Malaysia ke-5. Saya gembira melihat begitu ramai pelabur yang hadir dan mengalu-alukan kehadiran kepada tetamu antarabangsa kita. Invest Malaysia sudah menjadi forum tahunan paling penting bagi kita bertemu dengan pelbagai pelabur antarabangsa dan mempersembahkan apa yang kita lakukan. Ia juga menyediakan peluang untuk syarikat pelaburan swasta tempatan berurusan dengan komuniti pelaburan. Pada pendapat saya, 'road show' yang membawa pelabur ke negara kita akan membolehkan pelabur menyaksikan sendiri apa yang kita ada dan menilai secara peribadi iklim pelaburan di Malaysia, mengkaji cara untuk saling melengkapi dan mempromosi usaha bersama di pasaran antarabangsa.
Seperti yang anda ketahui, acara ini selalunya diadakan pada Mac, seiring dengan perlumbaan Grand Prix Malaysia. Bagaimanapun, menyedari akan berlaku perubahan pada pucuk pimpinan negara, penganjur sengaja melewatkan program ini selama dua bulan bagi membolehkan saya berucap sebagai Perdana Menteri. Bagi saya, ini adalah majlis penting yang akan membolehkan saya berkongsi pendapat bersama anda semua dan memberi aspirasi kepada Malaysia dan pasaran modalnya. Bagi yang menjadi peminat Formula Satu di kalangan anda, saya memberi jaminan saya sendiri akan meminta penganjur mengadakan sidang ini mengikut jadual asal pada tahun depan. Hari ini kita bertemu dalam persekitaran yang amat mencabar. Dunia mengalami suasana luar biasa dalam aspek peraturan kewangan global. Krisis kewangan global telah menggugat teruk institusi kewangan yang amat mantap. Akibatnya, ia memusnahkan kekayaan dunia dan mencetus persoalan membabitkan kebijaksanaan corak pengurusan yang konvensional. Apa yang lebih buruk ialah krisis kewangan kali ini sudah melampaui pelbagai krisis kewangan yang pernah berlaku.
Apa yang nyata banyak pelajaran yang kita peroleh dan proses pemulihan perlu dilakukan untuk membetulkan keadaan. Semua pasaran kewangan mesti diberi perhatian lebih serius dan kita tidak boleh teragak-agak dalam membuat keputusan dasar yang sukar sebaik saja kita melihat tanda-tanda awal yang di luar kawalan mula berlaku. (klik)
Apa yang nyata banyak pelajaran yang kita peroleh dan proses pemulihan perlu dilakukan untuk membetulkan keadaan. Semua pasaran kewangan mesti diberi perhatian lebih serius dan kita tidak boleh teragak-agak dalam membuat keputusan dasar yang sukar sebaik saja kita melihat tanda-tanda awal yang di luar kawalan mula berlaku. (klik)
3 comments:
Timbulnya isu mengingatkan kita dengan tongkat, sebenarnya org Melayu ni dah lama lena diulit mimpi indah dengan "perangkap" hak keistimewaan orang Melayu sedangkan hakikatnya takde ape yang orang Melayu dapat, ada kontrak dialibabakan, biasiswa ada pun dijolllyshandykan, ekuiti 30% pun diAhChong kan , habis tu apa yang tinggal, balik2 dok ulang lagu lama "anak kecil main api..." kunun, yang gadaikan tanah, kontrak dan harta org Melayu bukan pemimpin Melayu sendiri, celiklah mata wahai pemimpin muda Melayu/Mamak dalam GPMS, jangan lah lena diulit noda ...
Ass'kum,
Tahniah 1A telah dapat menyediakan blog seperti ini untuk peningkatan pengetahwan semua.
To AntiGPMS: Kalau nak mencari titik hitam mmg senang, tetapi kalau nak cari titik pertemuan, banyak je alasan diada-adakan. So, tak dinafikan mmg parti pemerintah ada silapnya, tetapi banyak dasar dan perencanaan yang dibuat memberi jasa kepada rakyat hampir 53 tahun, semudah itukah kita boleh padamkan sumbangan sebesar ini?
To Yang Gambi : Terima kasih atas respon/sokongan tuan dalam blog ini. Berikanlah komen untuk memantapkan lagi isi dan kandungannya.
Post a Comment