Tuesday, July 7, 2009

Merakyatkan ucapan - Dato Sri MB Pahang


Pada pagi 6 Julai 09 telah diadakan Perhimpunan Ke Arah Perkhidmatan Cemerlang di Dataran Wisma Sri Pahang, dan kepada mereka yang tidak berpeluang menyertai boleh mengikuti secara lintas langsung di Radio Pahang FM. YAB Menteri Besar Pahang telah menyampaikan ucapan merakyat dan menyentuh isu-isu semasa antaranya:-
a) Konsep 1Malaysia dan meminta rakyat supaya jangan disalahertikan pemahaman konsep ini mengikut citarasa dan keperluan masing-masing serta peranan agensi kerajaan negeri Yayasan Pahang menyalurkan bantuan kepada semua kaum tanpa mengira fahaman politik, merentasi agama dan budaya
b) Kebimbangan terhadap budaya meminjam dengan Ah Long di kalangan pegawai/kakitangan kerajaan, dan meminta agar mengamalkan perbelanjaan berhemah 'ukur baju di badan sendiri'

c) Kegagalan sistem ekonomi kapitalis dan mengharapkan kerangka model ekonomi baru yang lebih adil dan saksama...


Tok Adi yakin gaya kepimpinan mesra rakyat Long Nan ni akan terus menambat hati rakyat, dan konsisten mempelopori negeri berkebajikan sebelum PR mewarwarkannya.

1 comment:

Pahang Today said...

Merakyatkan ucapan? Entahlah rase kawan mcm biase je, tiada ape yang menyentuh hati rakyat, ada jugak terbukak radiu Phg Fm pagi tu, ucapan yang agak 'mild' and so-so la, cuma adalah prihatin pada rakyat jelata, tp biasa lah untuk org politik, "dari rakyat untuk rakyat dan oleh rakyat"