Saturday, July 4, 2009

"Bu ke sheng zhe, shou ye, ke sheng ze, gong ye, shou ze bu zu, gong ze you yu"- Sun Tzu


Maksudnya- Those who are not able to win must defend, those who are able to win must attack ..... - be offensive BN!

Kerapuhan gabungan pakatan pembangkang tidak boleh diselindung lagi dan tidak mustahil pakatan itu akan terlerai sepenuhnya tidak lama lagi.

Perlu diakui PAS mempergunakan DAP dan DAP menjadikan PAS kuda tunggangan mereka dan apa yang berlaku di Kedah hari ini membuktikan pakatan itu rapuh kerana mereka sebenarnya hanya berkahwin mutaah.

"Cukuplah perkahwinan mutaah itu, bubarlah pakatan yang tidak memberi makna dan PAS sertailah kami (Barisan Nasional)," kata seorang pimpinan.
Beliau mengulas tindakan DAP Kedah semalam yang mengumumkan keluar daripada pakatan pembangkang negeri itu kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran PAS yang gagal menghalang perobohan pusat penyembelihan babi haram di Kampung Berjaya oleh Majlis Bandaraya Alor Setar.

Demi kepentingan negara, PAS sewajarnya mengkaji hubungan tidak bermakna itu kerana ia tidak memberi apa-apa keuntungan kepada rakyat.

Tindakan DAP Kedah itu membuktikan dakwaan pakatan pembangkang sebelum ini yang menyatakan gabungan mereka cukup kuat merupakan satu pembohongan.
Apabila dicadangkan untuk mewujudkan kerajaan perpaduan, mereka kata mereka tidak boleh mengadakan kerajaan perpaduan dengan Barisan Nasional (BN).

Sebab mereka kata kerajaan perpaduan pakatan pembangkang sudah cukup kuat tetapi ternyata apa yang berlaku semalam di Kedah, itu membuktikan ia hanya merupakan satu pembohongan.

Manakala Pakatan di Pula Pinang kalut dan haru! Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Datuk Zahrain Mohamed Hashim menyindir Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang tidak mengotakan apa yang pernah dikatakannya.

Zahrain juga mahu Guan Eng bersemuka sendiri dengan penduduk Kampung Buah Pala.

Ahli Parlimen Jelutong dari DAP, Jeff Ooi mendakwa seorang Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) daripada PKR menyalahgunakan kuasa.

Penduduk Kampung Buah Pala mohon maaf kepada Perdana Menteri kerana silap pilih pembangkang.

Apa tunggu lagi, blue ocean strategy lah....

3 comments:

YANG GAMBI said...

Kawan setuju sangat dengan cadangan awak, biar puak-puak ni pergi minta maaf dengan Kerajaan/PM.

Orang-tua-tua kata jangan derhaka dengan tuan rumah........ buruk padahnya....

Lukah said...

Mengakar biar menyusur. Berjalan biar tunduk. Tiada gunanya unuk kerajaan prihatin pada masalah kawasan pembangkang. Banyak lagi masalah kawasan BN yang perlu segera diselesaikan. Di seluruh negara terutamanya negeri kebanggaan si saka adiwangsa masalah tanah tidak selesai2. Apa yang dibuat oleh YB BN? Harap saja MB nya prihatin namun MB x boleh bekerja seorang diri....

kirana said...

Tapi kan... pbangkang pun bayar cukai jgak. Tak ke cukai pbangkang tu dh myumbang ke arah pbangunan negara. So, diorang pun bhak jgak!