Sunday, July 12, 2009

Nape 100 hari?





    Pengumuman Najib sempena 100 hari sebagai Perdana Menteri:

1. Diskaun 20% kepada pengguna kad prabayar Touch ‘n Go dan SmartTag yang menggunakan tol lebuh raya 80 kali atau lebih dalam sebulan bermula 1 September 2009.

2. Penyewa Program Perumahan Rakyat di Wilayah Persekutuan dibenarkan membeli rumah yang disewa.

3. Potongan diskaun 50% kepada peniaga kecil di Wilayah Persekutuan memohon dan membaharui lesen perniagaan.

4. Tambahan RM150 juta bagi dana TEKUN dan RM15 juta untuk program pembangunan usahawan muda kaum India.

5. Tambahan kira-kira 3,000 lagi permit teksi individu dalam masa tiga bulan akan datang.

6. Komited untuk mengurangkan kadar jenayah terutamanya ragut dan kecurian kenderaan.

7. Mempergiatkan usaha bagi memastikan bilangan pendaftaran lewat kelahiran dapat dilaksanakan dengan segera.

8. Menyegerakan usaha menyelesaikan masalah kewarganegaraan rakyat.

9. Usaha menambah baik akses kepada kemudahan asas seperti pembinaan jalan dan penyaluran bekalan air serta elektrik di kawasan luar bandar terutama di Sabah dan Sarawak ditingkatkan.

10. Mengurangkan kadar bayaran permohonan lesen motosikal kepada RM211 berkuat kuasa pada 1 September depan.

11. Menubuhkan Amanah Saham 1Malaysia dengan saiz sehingga 10 bilion unit dan terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas.

AKAN TETAPI Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pentadbiran Datuk Seri Najib Razak "lebih banyak yang negatif daripada yang positif".

Tambahnya, ia berdasarkan penilaian peribadinya terhadap pentadbiran Najib yang genap 100 hari itu.


Dr Mahathir berkata, yang negatifnya termasuklah cadangan pembinaan jambatan ketiga antara Johor dan Singapura.

Satu perkara lagi yang dianggap negatif, menurut Dr Mahathir lagi, ialah pelantikan orang yang korup dalam pentadbiran Najib.

Ditanya mengenai perkara positif mengenai pentadbiran Najib, beliau berkata: "Yang positif ialah Najib berjumpa ramai orang dan dia tidak tidur malam."

(Heran gak Tok Adi, nape nak sambut 100 hari pemerintahan, Obama pun steady je, pastu Tun Dr M ni nak jadikan Tok Jib ni mcm PM yang lepas ke?)

1 comment:

AntiGPMS said...

Hakikatnya 100 hari Pentadbiran PM ke 6 penuh dengan kegagalan ,:
1) Terhadap Orang Melayu
Dasar Liberalisasi Ekonomi dan Perkhidmatan ternyata menghapuskan agenda Melayu dan ini menunjukkan kerajaan semakin terdesak untuk mendapatkan sokongan orang Bukan Melayu
2)Orang Bukan Melayu
Kajian Merdeka Center boleh dipertikaikan terutamanya sokongan bukan Melayu terhadap pimpinan DS Najib, kerana walaupun statistik menunjukkan peningkatan sokongan kaum India & Cina, namun ia bersifat retorik dan sementara. Ini disebabkan kaum Bukan Melayu ingin melihat aktualisasi daripada dasar yang diumumkan oleh PM dalam bentuk praktikal dan bukan omongan kosong lagi. For them, every single vote mean dollar & sense to them!
3) Kritikan terbuka bekas PM, Tun DR M
Ternyata keputusan memansuhkan PPSMI pada 2012 bukan sahaja mengundang kemarahan Tun Dr M bahkan memparahkan lagi persepsi dan kebimbangan rakyat bahawa keputusan ini akan jadi "flip-flop" kerana mengambil masa terlalu lama untuk memansuhkannya. Akhirnya, sokongan membawa rebah daripda pihak Tun dan sympatizer dan juga pejuang2 Bahasa serta juak2 pembangkang
4) 1Malaysian want result rather than planning @ retorik! IMplementation? Delivery system?