KB: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetuju pakaian serban digantikan dengan topi keledar bagi penunggang motosikal yang mahu memakainya, jika ia didapati boleh mencegah daripada kecederaan apabila berlaku kemalangan.
Mursyidul Am PAS itu berkata, jika serban dipakai dengan ikatan kemas dan boleh mencegah kecederaan, ia boleh digantikan dengan topi keledar yang dianggap lebih selamat.
Malah, katanya, topi keledar yang keras itu tidak selamat jika tidak dipakai kemas dan diikat dengan betul.
"Kadang-kadang serban dan semuntal yang diikat kemas lebih selamat, kerana ia lembut apabila berlaku hentakan kuat berbanding topi keledar yang keras itu.
"Topi keledar pun jika tidak dipakai dengan kemas dan diikat dengan betul boleh menyebabkan penggunanya tidak selamat apabila berlaku kemalangan, kerana mudah tercabut atau kecederaan dalaman akibat hentakan kuat," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai seorang pelajar sekolah pondok di Pasir Tumboh di sini, pada dua hari lalu dijatuhi hukuman denda RM90 atau penjara dua hari kerana didapati bersalah tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal sebaliknya memakai serban.
Bagaimanapun, pelajar pondok terbabit, Ahmad Nasir Darus, 28, memilih untuk menjalani hukuman penjara dua hari.
Nik Abdul Aziz berkata, umum mengetahui berapa ramai penunggang motosikal yang terbunuh akibat nahas jalan raya walaupun mereka memakai topi keledar sewaktu menunggang motosikal.
Katanya, soal ia merupakan pakaian pak lebai atau golongan haji tidak berbangkit walaupun undang-undang dan peraturan jalan raya mengklasifikasikan begitu dan beliau tidak mahu campur urusan agama dengan peraturan jalan raya.
"Cuma bagi saya, mereka yang memakai pakaian serban tidak harus dikenakan tindakan, jika ia dipakai dan diikat dengan kemas," katanya.
Menurut Nik Aziz, serban bermakna dalam bahasa Melayu asal ialah ikatan kain kepala, seperti juga semuntal bagi pakaian tradisi orang Melayu Kelantan sedikit masa dulu.
Beliau berpendapat, jika masyarakat keturunan Sikh yang memakai serban dan boleh dikecualikan daripada undang-undang jalan raya, tidak ada sebab orang Islam yang memakai serban tidak boleh dikecualikan daripada peraturan itu.
"Saya tidak mahu ganggu soal agama. Lebai atau jahil, bukan boleh dinilai pada pakaian kerana ini mengikut tafsiran masing-masing, kerana ada orang lebai atau haji tetapi tidak pakai serban atau kupiah, dan ada juga yang pakai serban sebesar bakulpun tetapi tidak dianggap lebai," katanya.
Sehubungan itu, beliau mahu kerajaan mengkaji semula peraturan itu bagi mengelakkan kekeliruan yang timbul seperti apa yang terjadi kepada kes berkenaan.(KLPos)

(Ni la kadang2 orang tak faham tentang pemakaian serban, kalau rajin buka dan bacalah kes Meor Atiqulrahman (kes budak dibuang sekolah kerana memakai serban) dan keputusan Mahkamah Persekutuan, ia tidak boleh dikaitkan dengan isu agama sebab serban ni bukan melambangkan agama tetapi budaya berpakaian orang Arab yang terdiri dikalangan orang Islam dan bukan Islam Arab pun pakai, jadi jangan lah politik kan isu ni mcm kerajaan ni zalim sangat, susah baso dengan oghe dok pahe undeng2 bak kata maxim "ignorantia of law non excusat"-mempedulikan undang2 bukan satu alasan untuk tidak mengetahuinya)
2 comments:
Topi keledar harus diuji sebelum diluluskan dengan membuat hentakan kuat bagi mengetahui daya tampong hentakan.
Serban juga harus diuji jika ianya mahu diluluskan. Saya cadangkan Nik Aziz, Hj. Hadi dll. melakukan ujian ini, kemudian beliau bolehlah menjadikannya fatwa untuk digunakan oleh orang2 PAS.
Wallahualam!
Saya rasa orang seperti Husam Musa yang lebih ceredik tidak akan percaya bahawa serban lebih selamat berbanding topi keledar.
Apepunya melalut ni, serban kan Sunnah Nabi, kenapa pulak tak melambangkan Islam, lebih baik anta mengucap semula!
Post a Comment