Wednesday, January 21, 2009

Obama No Drama! Mampukah jadi penyelamat dunia?













WASHINGTON: Presiden baru Amerika Syarikat, Barack Obama melangkah masuk kali pertama ke Rumah Putih sejak mengangkat sumpah dan dikatakan menghabiskan masa di Pejabat Oval yang diambil alihnya daripada George W Bush. "Ya, kami di sini! Di rumah ini," kata Wanita Pertama, Michelle Obama sebaik memasuki pekarangan Rumah Putih sambil menyaksikan perarakan sambutan pengisytiharan suaminya sebagai Presiden AS ke-44. Presiden berkulit hitam pertama itu mengambil masa beberapa jam berjalan di sekitar Rumah Putih selepas mengangkat sumpah di AS Capitol, sebelum memasuki bilik khas Presiden sambil disambut tetamu untuk meraikannya.


Menurut Setiausaha Akhbarnya, Robert Gibbs, Obama dijangka memasuki Pejabat Oval yang menjadi 'nadi' Rumah Putih tetapi dijangka tidak akan melakukan 'tindakan yang besar' pada hari pertamanya. "Kami jangkakan, beliau selepas menyaksikan perhimpunan sambutan, dijangka berada dalam Pejabat Oval hanya beberapa minit saja," kata dalam satu sesi soal jawab pertama dengan pemberita di Rumah Putih. Bekas presiden, George W Bush pula dalam sidang akhbar terakhirnya minggu lalu berkata: "Pada minit pertama dia (Obama) melangkah masuk ke Pejabat Oval, dia akan merasai 'tanggungjawabnya sebagai Presiden Amerika dan semua beban di atas bahunya nanti'. - AFP


(Tahniah la (walaupun tak pangkah ke deme) atas kejayaan org kulit hitam pertama melangkah ke White house yang dibina atas titik peluh org2 Negro juga, buku The Audacity of Hope yang menukilkan pengalaman beliau telah pun abis di baca, memang orgnya gifted and born to be leader, dan satu dunia letak harapan besar untuk beliau membawa perubahan selaras dengan credos keramatnya. Tetapi mampukah beliau mengatasi pengaruh kongres yang didokong oleh puak2 Jewish ni, sekiranya anda lihat gambar2 di atas ternyata kuatnya zionis mendominasi Obama sehingga beliau dilihat menyokong mereka?)

3 comments:

WARIS PAHANG said...

Harap Obama lebih baik dari Presiden AS sebelum ini.

Bagi Malaysia pula, "Awas Lim Kit Siang Menuju Putrajaya".

SaKa AdiWangsa said...

Thanx Waris atas komen, biasalah org belum dpt kuasa mcm2 la janji, tp sama2 lah kita tunggu dan lihat apa obama no drama buat untuk dunia...

Anonymous said...

salam,boleh dengan adenye sokongan untuk kebaikan insyaallah.blog nie kene strong lagi supaye pemikir diluar nampak ngan mate hati.