Thursday, January 22, 2009

Depoliticize Our Campus!

Pilihanraya kampus kali ini amat hangat sekali dan sama taraf dengan pilihanraya umum ataupun pilihanraya kecil dalam negara. Barang kali kerana edah pilihanraya kampus kali ini sama dengan pilihanraya kecil di Kuala Terengganu, maka aksinya adalah sama. Seperti biasa wujudnya surat layang, fitnah, laporan polis dan terkini meletak kepala babi dalam surau di UM. Di UKM, mahasiswa buat laporan polis kerana ugutan dalam SMS dan panggilan telefon. Di UIAM dan UPM pula suara bising berhubung tarikh pilihanraya dan beberapa syarat tertentu, turut berkumandang. Semua ini kebanyakannya berkisar dalam kelompok mahasiswa Melayu Islam.
Faktor mempengaruhi pilihanraya kampus:-

Pertama soal label. Sebenarnya tidak perlulah diletak label sama ada pro-mahasiswa atau pro-aspirasi kerana semua orang sama ada di dalam atau di luar kampus, termasuk di kampung, sudah tahu bahawa yang mengaku pro-aspirasi itu adalah yang menyebelahi Barisan Nasional, manakala pro-mahasiswa pula ialah pembawa bendera PAS, DAP dan PKR
Kedua, penulis sangat khuatir dengan tindakan segelintir pihak yang suka menangguk di air keruh. Di saat umat Islam ditekan kiri dan kanan, dalam dan luar negara, maka sangatlah perlu semua mahasiswa mengambil sikap berhati-hati agar apa-apa yang dilakukan itu, tidak mencederakan akidah walaupun untuk mendapatkan kuasa. Islam tidak mengiktiraf matlamat menghalalkan cara. Walaupun niatnya baik untuk mewujudkan saf kepimpinan yang Islamik tetapi kalau strategi kempen disaluti dengan najis propaganda hitam, kaedah Machiavelle, petikan nas agama di luar konteks, kemenangan tersebut adalah tidak bermakna, berdosa dan haram.

Ketiga, politik kampus sepatutnya menjadi contoh kepada masyarakat luar agar berpolitik secara sihat sebagaimana kehendak Islam atau ilmu siyasah yang mana matlamatnya untuk memberikan perkhidmatan kepada rakyat. Amat malang sekali bila mana kini masyarakat tertanya-tanya di mana lagi contoh yang boleh diambil kerana mahasiswa juga turut terpengaruh dengan budaya songsang politik Barat yang menjadi idola tokoh masing-masing.

(Pilihanraya kampus merupakan platform @ medan awal untuk membentuk fikrah politik di kalangan mahasiswa untuk memahami peranan dan t/jawab parti-parti siasah di negara ini, iaitu BN dan PR, justeru, kedua-dua pihak ini menggunakan pendekatan ini untuk menarik sokongan generasi muda yang akan mengubah pola pengundian pada PRU 13 kelak. Dengan berpaksikan label pro mahasiswa dan pro aspirasi, masing2 berusaha gigih untuk mendapatkan mandat, dan seterusnya mendakwa bahawa pro mahasiswa @ pro aspirasi menguasai citra dan citarasa golongan muda, sedangkan AUKU melarang mahasiswa melibatkan secara langsung dgn parti politik. So, vehicle spt Solidariti Mahasiswa Malaysia, GAMIS, GPMS, PKPIM, Wawasan, MAMPAN, UBU, dan mcm2 lagi digunakan untuk menghalalkan matlamat sebagai pintu masuk parti politik ke kampus)

2 comments:

Anonymous said...

Berdasarkan keputusan semasa, majoriti mahasiswa menyokong pro-mahasiswa=pro pembangkang! Ternyata UMNO belum cukup 'mesra pelajar' spt yg di gembar demburkan, ini akan jd satu testimoni kejayaan pembangkang menguasai pemikiran generasi muda yg dianggarkan akan menjadi pengundi setia Pakatan Rakyat menjelang PRU 13. Hakikatnya, Be End makin ditolak majoriti rakyat bukan hanya di Semenanjung malah di Sabah , Sarawak. Seblm semua melingkup, declare la darurat skali lg, Pak Lah sebagai menteri pertahanan ambil alih kuasa, terus kekal jd PM semula, pastu tubuhkan ala-MAGERAN, Pak lah kan bekas S/U Mageran?

SaKa AdiWangsa said...

Salam, cicit tok gajah, rasanya anda dah ketinggalan zaman, Pro-aspirasi menguasai hampir kesemua kampus kecuali kerajaan campuran di UM dan UIA. Harap maklum dan sila perbetulkan statement.