Kementerian Pelajaran sedang memperincikan fakta dan maklumat yang akan dimasukkan ke dalam subjek Sejarah bagi menyemarakkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda. Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata langkah itu antara usaha kementerian untuk merombak kurikulum pendidikan di peringkat sekolah rendah dengan memasukkan mata pelajaran Sejarah sebagai mata pelajaran khusus menjelang 2010. “Apa yang penting adalah melihat nilai mulia seperti semangat patriotisme, cintakan tanah air, menghayati pengorbanan pejuang-pejuang tanah air sebelum kita, menghayati bahawa negara kita berada dalam keadaan sebegini rupa bukan datang bergolek tapi ia datang setelah begitu ramai pejuang bangsa kita menyumbangkan darah dan keringat.
Kita tidak boleh berpuas hati dengan kedudukan kita hari ini lebih-lebih lagi keadaan dunia yang semakin sempit dan mengecil. "Usaha seperti ini perlu diteruskan dan diperhebatkan lagi termasuk cara bagaimana kita menekankan asal usul kita, sejarah kita kepada anak-anak kita sejak di bangku sekolah lagi,” katanya .
Beliau berkata fakta sejarah adalah fakta yang benar dan tidak ada mana-mana pihak yang boleh mengubah sejarah berkenaan termasuk perjanjian yang telah dibukukan, tidak boleh dipolemikkan dan dipolitikkan.
(Pemugaran dan pemerkasaan subjek sejarah di kalangan generasi muda dilihat mampu menyedarkan mereka ttg beberapa istilah/konsep yg kununnya lapok @ ketinggalan zaman, namun hakikatnya ia tidak dapat diketepikan atas alasan neo-liberalisme, politik liberal, keadilan sejagat la, hak asasi dsb. Justeru, GPMS akan terus memperjuangkan supaya sejarah dijadikan sebagai teras membina kefahaman bangsa majmuk di bumi bertuah ini)
3 comments:
Dah terhantuk baru nak terngadah, ni la pejuang bangsa konon!! Nape sekarang baru timbul, bukan ke aritu dok sibuk sgt suh kuasai sains & teknologi...
Posting yang baik dan isu yang patut kita semua fikirkan bersama. Ambil iktibar dari apa yang berlaku.Terima kasih kerana tinggalkan komen di blog saya.
Trime kasih, Hati yang berani...sedar2kanlah sahabat kita di Pahang Daily Online supaya kembali ke pangkal jalan..
Post a Comment