Saturday, December 13, 2008

Benarkah kerana AUKU siswa KAKU, BEKU?


PELBAGAI pandangan dilontar berkaitan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang sudah berusia 30 tahun itu dan akhirnya rang undang-undang mengenainya diluluskan Dewan Rakyat pd 11 Dis 08 selepas melalui 61 pindaan serta dibahas sepanjang hari oleh penyokong kerajaan dan pembangkang.

Antara perubahan ketara yang berkaitan dengan politik kampus ialah mahasiswa kini dibenar menyertai persatuan di luar kampus kecuali al-Qaeda. Sebelum ini, mereka dilarang berbuat demikian. Mungkin ada berpendapat, seperti juga suara pembangkang di Dewan Rakyat kelmarin, pindaan akta itu sepatutnya membenarkan pelajar terbabit dalam kegiatan politik. Benar larangan itu kekal, tetapi melalui pindaan berkenaan, mahasiswa dibenar menganjurkan aktiviti bersama ahli politik dan parti politik mengenai isu berkaitan pendidikan.

Apabila difikirkan secara rasional, inilah yang sebaik-baiknya kerana mereka berada di universiti untuk menimba ilmu. Sebarang kebenaran untuk mereka terbabit secara aktif dalam politik, dikhuatiri akan mewujudkan suasana polarisasi kaum, ideologi dan agama. Ini sekali gus akan mewujudkan suasana persekitaran tidak kondusif kepada generasi akan datang untuk meneruskan pengajian dan pembelajaran di universiti.

Malah, kita juga tidak mahu pelajar terpengaruh dengan mana-mana parti politik di negara ini. Biarlah mereka memerhati perkembangan politik semasa dari dalam kampus dan apabila tamat pengajian serta memasuki dunia pekerjaan, mereka bebas berbuat demikian termasuk bertanding dalam pilihan raya umum.

Sebenarnya, pindaan terhadap akta yang diwujudkan sejak 1970-an itu bertujuan menambahbaik dan memperluas autonomi universiti dengan memindahkan beberapa kuasa Yang di-Pertuan Agong dan menteri kepada pihak berkuasa universiti yang antara lain terdiri daripada Lembaga Pengarah Universiti (LPU), Senat dan Naib Canselor.

Selepas diwartakan, pindaan dijangka memberi manfaat kepada kira-kira sejuta penuntut dan kakitangan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) di seluruh negara. Kuasa untuk menubuhkan fakulti dan jabatan yang dulunya dalam bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong diberikan kepada Senat, selaras fungsi sebagai badan utama akademik di IPT.

Selain itu, kuasa menteri dalam hal ehwal rayuan tatatertib pelajar universiti juga dipindahkan kepada Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Pelajar universiti yang keanggotaan ditentukan LPU dan langkah itu dapat mempercepatkan proses penyelesaian kes rayuan.

Pindaan itu akan mendorong pemantapan tiga aspek utama iaitu tadbir urus universiti, kebajikan, hak asasi pekerja universiti, kebajikan dan hak asasi pelajar. Pindaan itu dilakukan berikutan perkembangan semasa bidang pendidikan tinggi, termasuk pada peringkat antarabangsa dan kematangan pelajar menangani erti kebebasan serta kepelbagaian selain komitmen kerajaan menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan serantau. Kita berharap semua pihak menyambut baik pindaan AUKU itu ke arah memantapkan kecemerlangan institusi pendidikan tinggi negara. klik sini


(Adi rasa penuntut IPT kena bersifat terbuka dgn kerajaan atas kesediaan kerajaan melakukan perubahan ini, walaupun hakikatnya tiada kaitan pun kecemerlangan akademik dgn AUKU sbb kaki persatuan ni adakalanya kurang menumpukan pada akademik, so ramai yg cukup2 makan je lulus, terimalah pindaan ini sebagai satu permulaan untuk membudayakan politik matang di kalangan penggerak persatuan, pimpinan kampus dan aktivis pelajar yang lazimnya merangkumi hampir 20-30% daripada keseluruhan warga kampus, yg berharap dan misi utama 70% yang lain berfokus kpd nawaitu asal, iaitu kecemerlangan akademik dan mendapat segulung ijazah!

Hakikat sebenar yang dilaung-laungkan oleh pihak tertentu di sebalik pindaan atau desakan memansuhkan AUKU ni adalah pelantikan pegawai tinggi universiti yang kebanyakan didominasi oleh Bumi/Melayu, so puak2 cauvinis ni la yang cucuk mahasiswa/i supaya menjulang slogan bahawa Auku ni akta feudal, lapok dan zalim la, sedangkan the other side of story siswa/i tutup sebelah mata sebab kononnya hak asasi mereka terancam...)

1 comment:

Anonymous said...

Hapuskan AUKU!!!