Thursday, January 21, 2010

Bangsa Melayu Perlu Kekal Bersatu - Titah Sultan Pahang






MARAN: Kaum Melayu perlu kekal bersatu dalam menjamin survival dan pembinaan sebuah negara Malaysia, titah Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah.

Baginda bertitah ia penting dalam menghadapi cabaran kemasukan pengaruh asing dari sudut ideologi, baik yang muncul dari dalam negara mahupun dari tamadun barat yang mampu menggugat asas dan jati diri orang Melayu.

Titah baginda lambakan budaya dan pemikiran khususnya pengaruh ideologi seperti sekularisme, liberalisme dan materialisme boleh menggugat perpaduan sekaligus merungkai kestabilan negara.

Bagaimanapun baginda berkata perpaduan di kalangan orang Melayu tidak seharusnya dirasakan menjadi satu ancaman kepada kaum lain dalam negara.

"Perpaduan bangsa Melayu seharusnya dilihat sebagai sesuatu yang membawa manfaat kepada semua bangsa dalam negara," titah baginda selepas merasmikan Forum Hak dan Perpaduan Melayu Dalam Konteks 1 Malaysia di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Khazanah Alam, Jengka di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah dan Naib Canselor UiTM Prof Datuk Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar.

Terdahulu dalam titah ucapannya pada majlis itu, Sultan Ahmad Shah bertitah kepelbagaian bangsa dan etnik dalam negara merupakan aset yang penting dalam mencapai status negara maju sebagaimana yang digariskan dalam Wawasan 2020.

Kemudian Tuanku Sultan menyaksikan forum bertajuk Hak dan Perpaduan Melayu Dalam Konteks 1 Malaysia yang membariskan Prof Dr Haidar , Penasihat Undang-undang UitM sebagai moderator manakala panelnya terdiri daripada Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah, dari Universiti Pertahanan Nasional, Ezam Mohd Nor, Pengerusi Yayasan Generasi Baru Nusantara yang berpengkalan di Jakarta dan pensyarah KIPSAS merangkap Pengerusi GPMS Pahang, Sdr Wan Emril Nizam Wan Embong.

5 comments:

YANG GAMBI said...

Salam bro,

Menjunjung titah Tuanku........

Nanti ada pulak Melayu yang mempertikaikannya...... kata Tuanku menyokong UMNO........ inilah Melayu haprak yang sanggup menjual bangsa, agama dan tanah air...

Hang Kilau said...

Menjunjung Titah Tuanku..

Adab Melayu itu beraja.
Adab Raja Memayungi Rakyat..

Daulat Tuanku!!!!

Muhammad said...

Salam Bro....

Hebat Emril berada d Pentas bersama Ezam & Dr. Ridhwan Tee...
Lepas nie selalu le kuar TV pulak..

Hidup Islam!!!!
Menjunjung kasih Tuanku..

Anonymous said...

emril update lee senarai exco gpms kat sini....

Paparazi Politik said...

Panel forum berjaya mengupas isu dari perspektif 1Malaysia, syabas! Lebih baik lagi kalau dapat dibuka kepada sesi soal jawab...anyway tahniah panel dan UitM sebagai benteng pendidikan Melayu..
Daulat Tuanku!