Wednesday, December 22, 2010

Sekitar Mesyuarat Perhimpunan Agong Tahunan GPMS Kebangsaan di UTM Skudai Johor









PERWAKILAN PAHANG TERDIRI DI KALANGAN CAWANGAN KHAS KIPSAS, KUANTAN, PEKAN, ROMPIN, BENTONG, LIPIS, PAYA BESAR, JERANTUT, SG TEKAM, TEMERLOH SERAMAI HAMPIR 80 ORANG. PAT TELAH DIADAKAN PADA 17 - 19 DISEMBER DI UTM SKUDAI JOHOR DIRASMIKAN OLEH YB DATO HJ AHMAD MASLAN, TIMB MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI.

DEKLARASI PAT 2010

100 TUNTUTAN PENAMBAHBAIKAN PENDIDIKAN MELAYU

BAHAGIAN 1 (aNTARA pETIKAN 100 TUNTUTAN)

PENDIDIKAN AM

1. Meritokrasi pendidikan mestilah mengikut peratusan kaum di negara ini.

2. Mewujudkan sekolah satu aliran untuk merapatkan perpaduan sesama kaum dengan segera. Rational; Hanya Malaysia sahaja negara tunggal di dunia yang membenarkan sekolah vernakular.

3. Memperbanyakkan bilik bacaan dan perpustakaan mini di kawasan rumah pangsa di bandar besar terutamanya yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi sebagai tempat untuk peajar Melayu membuat ulangkaji dan menyiapkan kerja sekolah serta tusyen secara percuma. GPMS komited menjayakan hal ini bersama agenda kerajaan yang terlibat.

4. Bantuan percuma termasuk yuran sekolah, peperiksaan dan biasiswa bulanan untuk pelajar sekolah rendah dan menengah (pendapatan/gaji penjaga/ibu bapa di bawah RM 1,500).

5. Wujudkan sebuah ‘road map’ jangka panjang mengikut ‘Road Map’ Rancangan Malaysia’ iaitu penubuhan Pusat Tuisyen Komuniti secara percuma untuk mengajar mata pelajaran kritikal dan tenaga pengajarnya ialah guru pencen dan mahasiswa.

6. Merombak sistem pendidikan dengan mengutamakan kepimpinan, kreativiti, keusahawanan, ketahanan, inovasi dan daya saing (4 KIDS) selaras dengan keperluan pasaran masa hadapan.

7. Mengembalikan mata pelajaran sejarah dan tulisan jawi seperti awal tahun 1960-an.

8. Mewujudkan Majlis Bertindak Pendidikan Melayu/Bumiputera untuk memantau semua aspek pendidikan Melayu/Bumiputera. Majlis ini diletakkan di KPM dan dipantau oleh Jawatankuasa Khas yang diketuai oleh YAB TPM serta wakil-wakil kementerian, PIBG, Guru Besar/Pengetua, persatuan pelajar dan NGO (seperti GPMS).

9. Melaksanakan satu sistem sekolah menengah sahaja di negara ini untuk mencapai perpaduan.

10. Kembalikan penubuhan Sekolah Wawasan.

11. Kerajaan mesti bersama-sama dengan NGO Melayu seperti GPMS untuk mewujudkan Asrama Khas Pelajar Melayu istimewa.

12. Bahasa Cina, Tamil dan Arab mesti diajar kepada semua pelajar tanpa pengecualian.

13. Memperbanyakkan lagi pembinaan sekolah kebangsaan agama agar dapat melahirkan modal insan negara yang kamil dan berkualiti.

14. Tambah peruntukan kepada sekolah luar bandar agar setaraf dengan sekolah bandar.

15. Kembalikan hak dan keseimbangan mata pelajaran Agama Islam. Kajian semula tentang keberkesanan subjek ini harus dilaksanakan agar dapat membentuk modal insan yang cemerlang. Silibus mata pelajaran Pendidikan Islam perlu dikemaskini untuk menarik perhatian pelajar.

16. Kerajaan mesti menyediakan pakaian serta kelengkapan sekolah percuma kepada semua pelajar Melayu miskin tegar seperti yang terdapat dalam program e-kaseh.

17. Sekolah kebangsaan perlu “diperhebatkan” agar boleh menjadi sekolah pilihan.

18. Para pelajar yang tamat sekolah rendah perlu dialirkan (streaming) terus ke bidang yang mereka minati untuk mengelakkan masa mereka dihabiskan begitu sahaja sepanjang tingkatan 1 hingga 3.

19. Subsidi pendidikan rendah, menengah dan universitI hanya diberi kepada rakyat yang miskin sahaja.

20. Semua pelajar Bumiputra yang miskin wajib mendapat tempat di asrama dan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.

21. Semua pelajar Melayu wajib diberi peluang melanjutkan pelajaran sehingga peringkat paling tinggi bergantung kepada kemahuan dan prestasi pelajaran mereka.

Bahagian 2 - Bahasa Melayu dan Tulisan Jawi

Bahagian 3- Pendidikan Rendah dan Menengah

Bahgian 4- Pendidikan Tinggi

Bahagian 5- Biasiswa dan Pinjaman Pendidikan

Bahagian 6- Sekolah Agama Rakyat

Bahagian 7 - MARA dan UiTM

Bahagian 8- Perguruan





2 comments:

AzizMostafa said...

7. Mengembalikan mata pelajaran sejarah dan tulisan jawi seperti awal tahun 1960-an.
-
Sokong Kawan. cintai tulisan jawi kerana ia identiti bani jawi.
http://www.info.sophia.ac.jp/SIAS/jawi-study/resources/photos.html
-
Semakin Terancam?! Semarak Jawi.

SaKa AdiWangsa said...

Usul memperkasa tulisan jawi ditimbulkan semasa Mesyuarat Agung Tahunan GPMS Pahang 2010 di Kuantan baru-baru ini, dan telah disepakati diangkat menjadi usul dan sebahagian daripada fokus deklarasi dan 100 tuntutan PAT GPMS Kebangsaan.