Friday, March 19, 2010

Pelajar gagal SPM 2009 akan dibantu: Muhyiddin


PUTRAJAYA: Kementerian Pelajaran dan Kementerian Sumber Manusia akan berbincang bagi menyediakan kaedah terbaik membantu pelajar yang kurang berjaya dan gagal dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran berkata, pihaknya serta agensi berkaitan akan memikirkan inisiatif bagi membantu pelajar terbabit menguasai kemahiran sesuai supaya mampu meningkatkan bidang pelajaran dan kerjaya mereka.
Kementerian Pelajaran juga tidak akan meminggirkan sekolah yang memperoleh pencapaian yang rendah. "Kita akan terus berusaha merapatkan jurang pencapaian gred purata sekolah terutamanya antara sekolah luar bandar dan sekolah bandar," katanya ketika berucap pada majlis Anugerah Kecemerlangan SPM 2009 di sini hari ini. Pada majlis itu, Muhyiddin menyampaikan sijil penghargaan kepada 10 sekolah pencapaian cemerlang SPM 2009, 10 pelajar cemerlang serta empat pelajar istimewa dan dua pelajar sekolah sukan cemerlang.


(GPMS Pahang amat bersetuju dengan usaha berterusan kerajaan untuk menyediakan ruang dan peluang kepada golongan "drop-out" @ tercicir ini melalui kaedah dan pendekatan yang lebih hands-on, ini kerana golongan ini kurang kecenderungan kepada kaedah berorientasikan akademik sebaliknya lebih berminat menceburi bidang vokasional, teknikal atau bersifat kemahiran . Wujudkan lebih banyak tabung atau dana kemahiran untuk membantu mereka didedahkan dengan latihan dan asas teknikal secara "hands-on" spt yang diamalkan di negara maju yang lain Jepun dan Jerman yang menitikberatkan aspek kemahiran vokasional sejak awal lagi .)

No comments: