Friday, January 28, 2011
Inspirasi...Melangkah ke Menara
GPMS Pahang mengorak langkah dengan memperkenalkan program keprihatinan baru, "Inspirasi"dengan usaha berterusan membantu pelajar berpotensi dan memiliki peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih baik tetapi tidak berkemampuan untuk meneruskan hasrat tersebut atas faktor kewangan.
Melalui kerjasama dan sinergi dengan institusi Yayasan Pahang dan keprihatinan wakil Rakyat, golongan terpilih ini mampu meneruskan pelajaran dan cita-cita yang diinspirasikan. Adik Amirul adalah perintis kepada program ini apabila dibantu oleh Yayasan Pahang dan wakil rakyat DUN Panching, YB Zaili Besar (bekas kepimpinan GPMS Pahang dan Belia 4B) yang menjadi inspirasi untuk adik Amirul menyambung pengajian ke Sekolah Alam Shah Cyberjaya.
Hasil sumbangan mereka, Amirul yang bercita-cita menjadi angkasawan akan mendaftar di sekolah elit terbabit pada 7 Feb walaupun pada peringkat awalnya membatalkan hasrat murni itu disebabkan kerana kesempitan wang dan kurang berkemampuan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
GPMS Pahang jgn cube nak "sembunyi sampah bawah karpet'...
NI divert strategi nak tutup yang pergerakan ini membela politik UMNO spt mana yg didakwa sesetengah pihak...
anu mous tu cmk
en tempe..ingat gpms ni jual karpet ke.....xde divertnya... kalau buat kerja ikhlas allah swr jer yg tau.....bkn yuan anu mous yg tentukan...
Post a Comment