Wednesday, December 31, 2008

...2009...


Selamat Tahun Baru ....2009 menjanjikan seribu satu cabaran dalam menduga arus perjuangan!

Tuesday, December 23, 2008

Kembalikan Martabat Bahasa Melayu dalam PPSMI!


Tujuh pilihan yang dirumuskan Persidangan Meja Bulat Pengajaran dan Pembelajaran Sains serta Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) menerima reaksi bercampur di kalangan tokoh akademik serta kesatuan perguruan.Sesetengah mereka yang mahu penggunaan bahasa Melayu di kembalikan, manakala ada pula yang mahu PPSMI diteruskan bagi memastikan generasi baru negara mampu berdaya saing di peringkat global.
Bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad, berkata kerajaan perlu menimbangkan masa depan generasi muda secara lebih menyeluruh selain memastikan Bahasa Kebangsaan tidak pupus di negara sendiri sebelum membuat keputusan mutlak PPSMI.Beliau berkata, sebelum membuat keputusan, kerajaan perlu memikirkan persoalan utama sama ada PPSMI benar-benar akan mempertingkatkan penguasaan bahasa Inggeris pelajar sekolah rendah atau sekadar menguntungkan sebahagian kelompok saja."Jika kerajaan serius mempertingkatkan tahap bahasa Inggeris, latihan guru perlu dirombak dengan penubuhan institut pendidikan guru yang mengkhusus kepada bahasa itu di samping memantapkan subjek berkenaan dan bukan menerusi matematik dan sains.
"Masa depan bahasa kebangsaan untuk menjadi bahasa moden juga tidak akan tercapai kerana pembuat dasar sendiri yakin ia membolehkan generasi muda bersaing di peringkat antarabangsa," katanya, semalam.Beliau mengulas laporan tujuh pilihan yang dirumuskan persidangan meja bulat PPSMI semalam untuk dipertimbangkan kerajaan dalam membuat keputusan mengenai masa depan PPSMI.

Pilihan itu ialah meneruskan PPSMI seperti sedia ada, menggunakan bahasa Melayu atau bahasa ibunda di peringkat sekolah rendah tetapi meneruskan PPSMI di sekolah menengah, memulakan PPSMI dari Tahun Empat hingga sekolah menengah, menggunakan bahasa Melayu atau bahasa ibunda di sekolah rendah dan digunakan sepenuhnya di sekolah menengah.Penggunaan bahasa pengantar untuk Sains dan Matematik ditentukan oleh sekolah, penggunaan bahasa Melayu atau bahasa ibunda di Tahun Satu hingga Tiga, diikuti dwibahasa pada Tahun Empat hingga Enam dan penggunaan bahasa Inggeris sepenuhnya di sekolah menengah atau memansuhkan mata pelajaran Sains di Tahun Satu hingga Tiga, tetapi mengajar Sains dalam mata pelajaran lain.
Tokoh akademik, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim, pula berpendapat PPSMI perlu diteruskan supaya generasi muda dapat bersaing dengan dengan produk pendidikan negara lain."Tujuh rumusan itu menjadikan isu PPSMI lebih kompleks. Jika PPSMI dihentikan ia akan memperjudikan masa depan generasi muda kerana perlu mengambil masa lebih lama menguasai bahasa Inggeris," katanya.

(Perwakilan PAT GPMS ke 54 di IAB Genting baru-baru ini telah mengundi agar Bahasa Melayu kembali dimartabatkan di dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik, di samping memperkukuhkan penguasaan dan kemahiran Bahasa Inggeris dikalangan pelajar, ibarat orang yang sakit kepala tapi diberi ubat sakit perut, tiada jalan penyelesaian, takut nanti yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran!)

Thursday, December 18, 2008

Melayu Keramat Adiwangsa!



"MELAYU - Prof Usman Awang - Sasterawan Negara
Melayu itu orang yang bijaksana

Nakalnya bersulam jenaka

Budi bahasanya tidak terkira

Kurang ajarnya tetap santun

Jika menipu pun masih bersopan

Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah

Kecut takut kerana benar,

Janji simpan di perut

Selalu pecah di mulut,

Biar mati adat

Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:

Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu

Banjar juga disebut Melayu, Minangkabau memang Melayu,

Keturunan Acheh adalah Melayu,

Jakun dan Sakai asli Melayu,

Arab dan Pakistani,

semua Melayu Mamak dan Malbari serap ke Melayu

Malah mua'alaf bertakrif Melayu(Setelah disunat anunya itu)


Dalam sejarahnya

Melayu itu pengembara lautan

Melorongkan jalur sejarah zaman

Begitu luas daerah sempadan

Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya

Kias kata bidal pusaka

Akar budi bersulamkan daya

Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak

Terlalu ghairah pesta temasya

Sedangkan kampung telah tergadai

Sawah sejalur tinggal sejengkal

tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga

Tangan masih memegang tali

Sedang orang mencapai timba.

Berbuahlah pisang tiga kali

Melayu itu masih bermimpi

Walaupun sudah mengenal universiti

Masih berdagang di rumah sendiri.

Berkelahi cara Melayu

Menikam dengan pantun

Menyanggah dengan senyum

Marahnya dengan diam

Merendah bukan menyembah

Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan

Setia dan sabar tiada sempadan

Tapi jika marah tak nampak telinga

Musuh dicari ke lubang cacing

Tak dapat tanduk telinga dijinjing

Maruah dan agama dihina jangan

Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali

Silaturrahim hati yang murni

Maaf diungkap senantiasa bersahut

Tangan diulur sentiasa bersambut

Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan

Selagi yang ada sanggup diberikan

Sehingga tercipta sebuah kiasan:

"Dagang lalu nasi ditanakkan

Suami pulang lapar tak makan

Kera di hutan disusu-susukan

Anak di pangkuan mati kebuluran"

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu

Masihkan tunduk tersipu-sipu?

Jangan takut melanggar pantang

Jika pantang menghalang kemajuan;

Jangan segan menentang larangan

Jika yakin kepada kebenaran;

Jangan malu mengucapkan keyakinan

Jika percaya kepada keadilan.

Jadilah bangsa yang bijaksana

Memegang tali memegang timba

Memiliki ekonomi mencipta budaya

Menjadi tuan di negara Merdeka

Tuesday, December 16, 2008

Selamat Bersidang Wira Adiwangsa!

TOKOH ADIWANGSA GPMS
Aminuddin Baki (6 Januari 1926 - 25 Disember 1965) ialah "Bapa Pendidikan Malaysia" serta bekas Ketua Penasihat Pendidikan Malaysia (kini dikenali sebagai Ketua Pengarah Pendidikan) yang paling muda ketika berusia 36 tahun. Beliau mempertingkatkan mutu pelajaran di negara ini, termasuk menyusun Dasar Pelajaran Kebangsaan melalui Laporan Pendidikan Razak pada tahun 1956, dan Laporan Abdul Rahman Talib pada tahun 1960. Banyak sekolah dan institusi di Malaysia telah dinamakan sempena namanya.Dilahirkan di sebuah kampung di Chemor, Perak, Aminuddin memulakan pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Chemor pada tahun 1932. Selepas lulus peperiksaan darjah lima pada tahun 1936, beliau meneruskan pelajarannya di Sekolah Anderson yang merupakan sekolah Inggeris yang terbaik di Ipoh ketika itu. Beliau tamat persekolahan menengahnya pada tahun 1941.
PERSIDANGAN AGONG TAHUNAN

GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG (GPMS) 2008

DI INSTITUT AMINUDIN BAKI, GENTING

19 - 21 DISEMBER 2008






Saturday, December 13, 2008

Benarkah kerana AUKU siswa KAKU, BEKU?


PELBAGAI pandangan dilontar berkaitan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang sudah berusia 30 tahun itu dan akhirnya rang undang-undang mengenainya diluluskan Dewan Rakyat pd 11 Dis 08 selepas melalui 61 pindaan serta dibahas sepanjang hari oleh penyokong kerajaan dan pembangkang.

Antara perubahan ketara yang berkaitan dengan politik kampus ialah mahasiswa kini dibenar menyertai persatuan di luar kampus kecuali al-Qaeda. Sebelum ini, mereka dilarang berbuat demikian. Mungkin ada berpendapat, seperti juga suara pembangkang di Dewan Rakyat kelmarin, pindaan akta itu sepatutnya membenarkan pelajar terbabit dalam kegiatan politik. Benar larangan itu kekal, tetapi melalui pindaan berkenaan, mahasiswa dibenar menganjurkan aktiviti bersama ahli politik dan parti politik mengenai isu berkaitan pendidikan.

Apabila difikirkan secara rasional, inilah yang sebaik-baiknya kerana mereka berada di universiti untuk menimba ilmu. Sebarang kebenaran untuk mereka terbabit secara aktif dalam politik, dikhuatiri akan mewujudkan suasana polarisasi kaum, ideologi dan agama. Ini sekali gus akan mewujudkan suasana persekitaran tidak kondusif kepada generasi akan datang untuk meneruskan pengajian dan pembelajaran di universiti.

Malah, kita juga tidak mahu pelajar terpengaruh dengan mana-mana parti politik di negara ini. Biarlah mereka memerhati perkembangan politik semasa dari dalam kampus dan apabila tamat pengajian serta memasuki dunia pekerjaan, mereka bebas berbuat demikian termasuk bertanding dalam pilihan raya umum.

Sebenarnya, pindaan terhadap akta yang diwujudkan sejak 1970-an itu bertujuan menambahbaik dan memperluas autonomi universiti dengan memindahkan beberapa kuasa Yang di-Pertuan Agong dan menteri kepada pihak berkuasa universiti yang antara lain terdiri daripada Lembaga Pengarah Universiti (LPU), Senat dan Naib Canselor.

Selepas diwartakan, pindaan dijangka memberi manfaat kepada kira-kira sejuta penuntut dan kakitangan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) di seluruh negara. Kuasa untuk menubuhkan fakulti dan jabatan yang dulunya dalam bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong diberikan kepada Senat, selaras fungsi sebagai badan utama akademik di IPT.

Selain itu, kuasa menteri dalam hal ehwal rayuan tatatertib pelajar universiti juga dipindahkan kepada Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Pelajar universiti yang keanggotaan ditentukan LPU dan langkah itu dapat mempercepatkan proses penyelesaian kes rayuan.

Pindaan itu akan mendorong pemantapan tiga aspek utama iaitu tadbir urus universiti, kebajikan, hak asasi pekerja universiti, kebajikan dan hak asasi pelajar. Pindaan itu dilakukan berikutan perkembangan semasa bidang pendidikan tinggi, termasuk pada peringkat antarabangsa dan kematangan pelajar menangani erti kebebasan serta kepelbagaian selain komitmen kerajaan menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan serantau. Kita berharap semua pihak menyambut baik pindaan AUKU itu ke arah memantapkan kecemerlangan institusi pendidikan tinggi negara. klik sini


(Adi rasa penuntut IPT kena bersifat terbuka dgn kerajaan atas kesediaan kerajaan melakukan perubahan ini, walaupun hakikatnya tiada kaitan pun kecemerlangan akademik dgn AUKU sbb kaki persatuan ni adakalanya kurang menumpukan pada akademik, so ramai yg cukup2 makan je lulus, terimalah pindaan ini sebagai satu permulaan untuk membudayakan politik matang di kalangan penggerak persatuan, pimpinan kampus dan aktivis pelajar yang lazimnya merangkumi hampir 20-30% daripada keseluruhan warga kampus, yg berharap dan misi utama 70% yang lain berfokus kpd nawaitu asal, iaitu kecemerlangan akademik dan mendapat segulung ijazah!

Hakikat sebenar yang dilaung-laungkan oleh pihak tertentu di sebalik pindaan atau desakan memansuhkan AUKU ni adalah pelantikan pegawai tinggi universiti yang kebanyakan didominasi oleh Bumi/Melayu, so puak2 cauvinis ni la yang cucuk mahasiswa/i supaya menjulang slogan bahawa Auku ni akta feudal, lapok dan zalim la, sedangkan the other side of story siswa/i tutup sebelah mata sebab kononnya hak asasi mereka terancam...)

Thursday, December 11, 2008

Sejarah oh Sejarah....


Kementerian Pelajaran sedang memperincikan fakta dan maklumat yang akan dimasukkan ke dalam subjek Sejarah bagi menyemarakkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda. Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata langkah itu antara usaha kementerian untuk merombak kurikulum pendidikan di peringkat sekolah rendah dengan memasukkan mata pelajaran Sejarah sebagai mata pelajaran khusus menjelang 2010. “Apa yang penting adalah melihat nilai mulia seperti semangat patriotisme, cintakan tanah air, menghayati pengorbanan pejuang-pejuang tanah air sebelum kita, menghayati bahawa negara kita berada dalam keadaan sebegini rupa bukan datang bergolek tapi ia datang setelah begitu ramai pejuang bangsa kita menyumbangkan darah dan keringat.

Kita tidak boleh berpuas hati dengan kedudukan kita hari ini lebih-lebih lagi keadaan dunia yang semakin sempit dan mengecil. "Usaha seperti ini perlu diteruskan dan diperhebatkan lagi termasuk cara bagaimana kita menekankan asal usul kita, sejarah kita kepada anak-anak kita sejak di bangku sekolah lagi,” katanya .

Beliau berkata fakta sejarah adalah fakta yang benar dan tidak ada mana-mana pihak yang boleh mengubah sejarah berkenaan termasuk perjanjian yang telah dibukukan, tidak boleh dipolemikkan dan dipolitikkan.


(Pemugaran dan pemerkasaan subjek sejarah di kalangan generasi muda dilihat mampu menyedarkan mereka ttg beberapa istilah/konsep yg kununnya lapok @ ketinggalan zaman, namun hakikatnya ia tidak dapat diketepikan atas alasan neo-liberalisme, politik liberal, keadilan sejagat la, hak asasi dsb. Justeru, GPMS akan terus memperjuangkan supaya sejarah dijadikan sebagai teras membina kefahaman bangsa majmuk di bumi bertuah ini)

Saturday, December 6, 2008

GPMS Desak Semua Pihak Jadikan Sekolah Sebagai Medan Perpaduan..


Melentur buluh biar daripada rebungnya....memupuk semangat toleransi dan setia kawan rakyat pelbagai kaum seharusnya bermula sejak awal iaitu ketika di sekolah rendah. Oleh itu, sememangnya lebih baik jika semua pelajar dapat mengikuti pengajian di sekolah yang sama dengan syarat kurikulum dan sistem pembelajaran tidak meminggir atau mengenepikan kepentingan dan keselesaan sesuatu kaum.

Namun, seperti kata Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, kewujudan pelbagai aliran sekolah dalam sistem pendidikan yang dilaksanakan sekarang perlu dilihat secara positif kerana memberi kelebihan dan kepelbagaian kepada masyarakat di negara ini, sekali gus menyumbang ke arah integrasi kaum. Walaupun mempunyai sekolah pelbagai aliran, kementerian sentiasa menyediakan pelbagai saluran dan program bagi meningkatkan interaksi antara murid, termasuk Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) dan aktiviti kokurikulum yang bertujuan meningkat serta menyuburkan semangat kerjasama antara kaum sebagai pemangkin perpaduan nasional. Kita akui cadangan pihak tertentu mewujudkan hanya satu jenis sekolah yang terbuka kepada pelajar semua kaum memang baik ke arah mewujudkan perpaduan nasional, malah cadangan itu sudah dikemukakan sejak Penyata Razak 1956 lagi, tetapi tidak dapat dilaksanakan hingga sekarang kerana pelbagai faktor.

Pelajar yang belajar di bawah sistem satu sekolah bukan saja mengikuti sukatan pelajaran dan sistem pembelajaran yang sama, malah turut diberikan pendedahan awal untuk mereka hidup di dalam persekitaran kepelbagaian kaum. Ini akan menjadi batu asas yang amat kukuh untuk mencorak kehidupan bermasyarakat pada masa hadapan. Disebabkan Malaysia dihuni masyarakat pelbagai kaum dengan majoritinya berbangsa Melayu, Cina dan India, kerajaan yang prihatin terhadap kehendak rakyat masih membenarkan sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil beroperasi.

Namun, sejak kebelakangan ini semakin banyak keluarga bukan Melayu menghantar anak mereka ke sekolah kebangsaan dan ternyata mereka dapat belajar sebumbung dengan selesa dan harmoni. Justeru, kerajaan harus memperkasakan sekolah kebangsaan agar lebih ramai ibu bapa bukan Melayu tertarik untuk menghantar anak mereka ke sekolah kebangsaan. Kita yakin, jika negara mempunyai pemimpin, termasuk di kalangan bukan Melayu yang jujur dan berjiwa besar, masalah polarisasi kaum hari ini dapat diselesaikan. Seperti batu asas perpaduan kaum yang dibina pemimpin kita pada awal penubuhan Malaysia dulu, kesediaan pemimpin hari ini mengetepikan kepentingan bersifat rigid dan individualistik mampu membentuk tembok perpaduan kukuh. Maka, dasar pembelajaran bersepadu yang diterima semua kaum menjadi asas terpenting demi pencapaian matlamat itu. Inti pati pelaksanaan dasar itu ialah pengajaran dan pembelajaran bahasa. Pencapaian perpaduan negara yang tulen hanya boleh lahir melalui wahana bahasa Melayu. Namun demikian, bahasa Inggeris dan bahasa lain boleh dipelajari supaya segala faedah globalisasi dapat dinikmati seluruh warga Malaysia. Kelebihan pendekatan pembelajaran melalui bahasa kebangsaan tidak harus dipertikaikan. Hakikatnya, kefasihan dalam bahasa Melayu dan kemahiran dalam bahasa Inggeris serta bahasa lain memang penting dan saling mempengaruhi, malah menjadi kunci kejayaan pelaksanaan perpaduan negara.


(Cadangan ini bukan sesuatu yang baru, namun ia sesuai buat Dato Seri Najib meneruskan dan menyambung Legasi Tun Razak dalam pendidikan. Kini masa sesuai untuk memperkasakan sekolah kebangsaan, di samping kita membenarkan asimilasi bahasa dan budaya di kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Lagipun, bukan Melayu dah sokong & bagi undi kat pembangkang, persoalkan hak istimewa org Melayu dan kedudukan Perlembagaan, sampai masa kita "back to basic", kena ikut telunjuk org kita!.)

Wednesday, December 3, 2008

Lengkap kuota anak Pak Berahim!


Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim dipecat daripada UMNO berkuat kuasa serta merta ekoran beberapa tindakan beliau yang bertentangan dengan etika parti termasuk menghadiri perhimpunan parti pembangkang.
Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang bermesyuarat malam ini juga turut menggantung keanggotaan Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan, Datuk Zahar Hashim selama tiga tahun kerana membuat kenyataan mengkritik parti.
Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat itu di sini berkata, Zaid dipecat kerana menghadiri Perhimpunan Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ahad lalu selain tindakannya menghadiri beberapa program anjuran parti pembangkang.
“Pemecatan ini adalah muktamad dan tidak boleh merayu,” tegasnya.
Beliau memberitahu, Zahar pula digantung kerana beberapa tindakannya yang menimbulkan perkara sensitif dan boleh mencetuskan perbalahan dalaman.
Difahamkan antara sebab Zahar dipecat ialah kerana menyertai laman-laman web propembangkang dan melontarkan idea-idea yang bertentangan dengan prinsip parti.
Ditanya mengenai tindakan pemecatan terhadap Zaid, Abdullah berkata, tindakan tersebut adalah satu keperluan berdasarkan pada apa yang dilakukan oleh Zaid.
“Dalam UMNO kita tidak amal double standard. Lain orang, lain keputusan. Tindakan Zaid dengan kehadiran beliau di kalangan pemimpin parti pembangkang dalam majlis-majlis yang diadakan pembangkang dilihat sebagai menyalahi etika parti,” katanya

(Zaid kira bongsu le lepas Khalid join the list, lagipun dia mmg tunggu dipecat nothing new, sbb dia nak spin isu ni menunjukkan UMNO parti jurasik tutup peluang untuk orang kritik, tak terbuka la dll ataupun nada lain tetapi iramanya tetap sama)

Tuesday, December 2, 2008

Ketuanan Melayu = Malay Supremacy (Sultanate)


Sudah banyak diperkatakan mengenai mauduk KETUANAN MELAYU dengan yang terbaru, seperti disebut Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob ketika menggulung perbahasan Bajet Negeri 2009 di Dewan Undangan Negeri pada Jumaat, 21 November lalu. "Apabila disebut ketuanan Melayu, bukan bermakna bangsa Melayu itu tuan, bukan Melayu itu kuli. Maksud ketuanan Melayu ialah institusi raja-raja Melayu.
"Itu sebabnya dengan raja dan dengan Tuanku Sultan; bila kita menghadap, kita sebut Tuan Ku. Kerana Tuanku adalah tuan kita. Dan apabila sebut ketuanan Melayu, bukan Melayu itu tuan, tetapi Melayu itu dilambangkan oleh raja-raja Melayu," katanya. Ketuanan Melayu sebenarnya berkonotasikan positif yakni bagi menanamkan keyakinan ke dalam diri orang Melayu mengenai hebatnya Melayu. Slogan ketuanan Melayu lebih banyak dilaung dan kita amat memahami kenapa, kerana ia sebagai pembakar semangat orang Melayu sendiri untuk terus memperbaiki diri sendiri! Ia tentu tidak ada apa salahnya apatah pula slogan ketuanan Melayu itu sendiri datangnya daripada wujudnya hak keistimewaan orang Melayu seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan sendiri.
(Nampak gayanya, memang ramai nak jadi HERO memperjuangkan agenda bangsa kununnya, termasuklah PKR yang kununnya akan mengembalikan kekebalan raja-raja Melayu, al-maklumlah masuk kandang lembu, kalu masuk kandang babi lain plak bunyi ngoh ngoh nye..)

Monday, December 1, 2008

Malam Gemilang Adiwangsa GPMS gilang-gemilang!



























Majlis Sambutan 60 tahun GPMS, Malam Gemilang Adiwangsa telah diadakan pada 15 Ogos 2008 di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara turut dimeriahkan dgn kehadiran Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Abdullah b Hj Ahmad Badawi, yang juga merupakan bekas Presiden GPMS, bersama-sama mantan pimpinan GPMS yang lain spt Dato Anuar Zaini, Prof Dato Dr Ahmad Faiz Abd Hamid, Tan Sri Abdullah...






Monday, July 14, 2008

Retro News: Khidmat GPMS Pahang dirintih




3 Januari 2008 - KOSMO!
Bera – Anda memerlukan bantuan sebagai mangsa banjir?

Kini sebuah pasukan sukarelawan menawarkan khidmat membantu mangsa yang masih mengahadapi kesulitan terutama dalam kerja-kerja membersihkan penempatan yang ditenggelami banjir baru-baru ini.

Pasukan Sukarelawan Bencana Banjir tersebut ditubuhkan oleh Persatuan Francais Malaysia (MFA) dan Gabungan Pelajar Melayu (GPMS) Pahang.

Menurut Naib Pengerusi GPMS Pahang, setakat ini lima buah sekolah telah dibersihkan dengan bantuan pasukan sukarelawan tersebut menjelang pembukaan sesi persekolahan Khamis ini.

Sekolah terbabit ialah sekolah Menengah Mengkarak, Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Triang, SK Kuala Bera, SK Bukit Rok, SK Durian Tawar.

“GPMS Pahang sedia menawarkan siri bantuan sukarelawan banjir kepada mana-mana pihak yang memerlukan ,” katanya ketika dihubungi semalam.

Menurutnya lagi, khidmat pasukan tersebut mendapat kerjasama Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Pejabat Pendidikan Daerah Bera, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Selain itu, tambahnya, ia turut melibatkan penyertaan institusi pengajian tinggi (IPT) seperti Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti antarabangsa (UIA), Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah.

PJKN GPMS Pahang sukses!







Gerakan obor bersemarak!

MAJLIS FORUM KETUANAN MELAYU......
Kem Bina Negara Mahasiswa Asas anjuran BTN Pahang dan GPMS Pahang diadakan pada 20 - 22 jun di Kem BTN Maran. Seramai 150 mahasiswa/i telah menghadiri kursus ini yang melibatkan penyertaan wakil daripada KIPSAS, IKIP, Shahputra dan Kolej Profesional MARA Indera Mahkota. Antara penceramah yang dijemput ialah TNC HEP UUM, Prof Dato Dr Ahmad Faiz bin Abd Hamid yang merupakan bekas Presiden GPMS, Dr Idris, Timbalan Ketua Pengarah (Latihan), BTN. Peserta didedahkan dengan aspek kepimpinan, jatidiri dan semangat patriotisme, kepentingan kuasa politik Melayu dan perbincangan tentang isu-isu semasa. Rata-rata peserta menunjukkan minat yang mendalam ketika membicarakan survival perjuangan Melayu!