Wednesday, December 22, 2010

PENYERAHAN MEMORANDUM OLEH GPMS MEWAKILI MUAFAKAT KE KDYMM SULTAN PAHANG - ISU KETUANAN MELAYU DAN KESUCIAN AGAMA ISLAM





MEMORANDUM
PERMUAFAKATAN NGO MELAYU PAHANG BERSATU (MUAFAKAT)
BERHUBUNG ISU KETUANAN MELAYU DAN KESUCIAN AGAMA ISLAM

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف ألانبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين


MENGADAP KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN PAHANG SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTA’IN BILLAH IBNI AL-MARHUM SULTAN ABU BAKAR RIA’YATUDDIN AL-MU’ADZAM SHAH, DKP. SULTAN DAN RAJA PEMERINTAH BAGI NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR SERTA SEGALA JAJAHAN TAKLUKNYA.

AMPUN TUANKU BERIBU-RIBU AMPUN,
SEMBAH PATIK MOHON DIAMPUN.

MUTAKHIR INI, PERIHAL KETUANAN MELAYU DAN SEGALA PERKARA YANG MEMBABITKAN UMAT MELAYU DAN ISLAM SERING DIPERSOALKAN SECARA TERBUKA DAN DIHINA TANPA MENGAMBIL KIRA SENSITIVITI ORANG MELAYU SEHINGGA DIBIMBANGI MENJEJASKAN KEHARMONIAN DAN HUBUNGAN BAIK DI KALANGAN RAKYAT JELATA YANG BERBILANG KAUM.
INI ADALAH RENTETAN DARIPADA KENYATAAN PRESIDEN SEBUAH PARTI SIASAH YANG TELAH BERCADANG UNTUK MENGHAPUSKAN KETUANAN MELAYU DI BUMI BERTUAH INI. UNGKAPAN SEDEMIKIAN TELAH MENIMBULKAN KERESAHAN TERUTAMANYA RAKYAT DI BAWAH NAUNGAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA TUANKU, NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR YANG TERCINTA.
PATIK DARIPADA NGO-NGO PAHANG MERASA DUKACITA, RESAH DAN BERPANDANGAN HAL INI TIDAK PERLU DIPERSOALKAN KERANA IA TERPATRI KEMAS DI DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.
PADA HEMAT PATIK, PERKARA INI TIDAK SEHARUSNYA DIBINCANGKAN SECARA TERBUKA DI KHALAYAK UMUM KERANA IA BERKEMUNGKINAN MENCETUSKAN PERTELINGKAHAN KAUM.

AMPUN TUANKU BERIBU-RIBU AMPUN,
SEMBAH PATIK MOHON DIAMPUN.
MAKA DENGAN INI, PATIK MENGADAP MERAFAK SEMBAH MOHON AMPUNI LIMPAH PERKENAN KE BAWAH DULI YANG MAHA MULIA TUANKU MERAYU AGAR PERKARA INI DIBERI PERHATIAN SEPENUHNYA TENTANG KERESAHAN DAN KEBIMBANGAN YANG MENYELUBUNGI PACAL HAMBA RAKYAT TUANKU.

AMPUN TUANKU BERIBU-RIBU AMPUN,
SEMBAH PATIK MOHON DIAMPUN.
PADA HEMAT PATIK YANG MEWAKILI PACAL-PACAL NGO NEGERI PAHANG, BERKEYAKINAN PENUH KE BAWAH DULI YANG MAHA MULIA TUANKU TEMPAT SELURUH RAKYAT BERNAUNG, MOHON AMPUNI LIMPAH PERKENAN KE BAWAH DULI YANG MAHA MULIA TUANKU AGAR:-

1) ISU INI DAPAT DIBAWA KE MESYUARAT MAJLIS RAJA-RAJA BAGI MOHON PERKENAN AGAR ISU INI TIDAK DIMANIPULASIKAN OLEH MANA-MANA PARTI SIASAH
2) NGO-NGO NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR MENGANJURKAN FORUM KE SELURUH NEGERI BERTUJUAN MEMUPUK KESEDARAN DI KALANGAN GENERASI MUDA KHUSUSNYA, DAN RAKYAT NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR AMNYA, TENTANG KEPENTINGAN KONSEP KETUANAN MELAYU
.

AMPUN TUANKU BERIBU-RIBU AMPUN,
SEMBAH PATIK MOHON DIAMPUN.

MAKA, PATIK BERIKRAR MENYEMBAH TAAT SETIA YANG TIDAK BERBELAH BAHAGI KEPADA KE BAWAH DULI YANG MAHA MULIA TUANKU YANG AMAT PATIK KASIHI . DENGAN IKRAR PATIK YANG SEDEMIKIAN, PATIK DENGAN HATI YANG TERBUKA DAN TIADA PAKSAAN AKAN MEMPERTAHANKAN:
1) KESUCIAN AGAMA ISLAM
2) KEDAULATAN RAJA-RAJA MELAYU KHUSUS KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA TUANKU
3) HAK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU SEPERTI YANG TERMAKTUB DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

AMPUN TUANKU BERIBU-RIBU AMPUN,
SEMBAH PATIK MOHON DIAMPUN.
PERSEMBAHAN PANDANGAN PATIK YANG TIDAK SEPERTINYA HAMPIRLAH BERAKHIR DI SINI, DENGAN IRINGAN DOA DARIPADA PATIK MOGA-MOGA KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA TUANKU, DULI YANG MAHA MULIA SULTANAH PAHANG, SULTANAH HAJJAH KALSOM, KEBAWAH DULI YANG TERAMAT MULIA TENGKU MAHKOTA PAHANG, KEBAWAH DULI YANG TERAMAT MULIA TENGKU PUAN PAHANG, YANG AMAT MULIA PADUKA-PADUKA ANAKANDA PUTERA PUTERI SERTA YANG MULIA PADUKA –PADUKA CUCUNDA SEKALIAN SENTIASA DI DALAM SIHAT WALAFIAT DAN DILANJUTKAN USIA KEKAL KARAR MEMERINTAH DI ATAS SINGGAHSANA TAHTA KERAJAAN NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR.

AMIN.

2 comments:

Gagasan 2010 said...

Tahniah GPMS Pahang berjaya mengorak langkah yang pantas untuk menyampaikan hasrat hati pada KDYMM Tuanku Sultan Pahang.

Ini menbuktikan bahawa barisan pimpinan muda GPMS cukup bertenaga dan tidak lesu.

Tahniah kepada adinda Emril kerana berjaya memimpin GPMS Pahang. Teruskan usaha kepada barisan muda pimpinan GPMS Cikgu Nasrul, Sedara Fazli, Sahabat lama ku Cikgu Hisyam dan lain2.

SaKa AdiWangsa said...

Gagasan 2010,
terima kasih atas ingatan tulus suci murni, moga usaha ini dijadikan lonjakan berganda perjuangan kami ! BTB...