Tuesday, October 19, 2010

MB Pahang Terima Anugerah Akademik Tertinggi Universiti Jordan!

DATO SRI (DR) ADNAN YAAKOB MENERIMA IJAZAH DOKTOR KEHORMAT DALAM BIDANG PENTADBIRAN PENDIDIKAN DARIPADA UNIVERSITY OF YARMOUK (UNIVERSITI KEDUA BERPRESTIJ DI JORDAN SELEPAS UNIVERSITY OF JORDAN), SELAIN DIKALUNGKAN "NECKLACE OF QALEEFA" IAITU GELARAN TERTINGGI AKADEMIK YANG DIKURNIAKAN KEPADA PENERIMA KEEMPAT DARIPADA TOKOH DI KALANGAN NEGARA-NEGARA ASIA , SEMPENA SUMBANGAN DAN JASA BESAR BELIAU KEPADA PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN KAPASITINYA....

YAB MENTERI BESAR PAHANG MENGADAKAN 'COURTESY CALL' @ KUNJUNGAN HORMAT KE KEDIAMAN DUTA MALAYSIA KE JORDAN, DATO MALIK BERSAMA DELEGASI UNIVERSITI YARMOUK , SAMBIL BERTUKAR FIKRAH DAN PELUANG.


PAKATAN KERJASAMA AKADEMIK ANTARA UNIVERSITI YARMOUK DAN IKIP-YAYASAN PAHANG DIMETERAI UNTUK MEWUJUDKAN KURSI PAHANG BERTUJUAN MEMBUKA PELUANG PENDIDIKAN YANG LEBIH LUAS UNTUK PENYELIDIKAN KESARJANAAN DI LUAR NEGARA

Delegasi Rombongan YAB Menteri Besar bergambar kenangan bersama Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di Jordan (turut merangkumi penuntut di Arab Saudi, Syria dan Yaman) Tuan Haji Sulaiman Ismail (pensyarah USIM)


Pengerusi bergambar kenangan bersama Presiden Universiti Yarmouk, Prof Dr Sultan Abu Orabi selepas mengadakan perbincangan ringkas tentang kebajikan pelajar Malaysia di universiti tersebut.

Pengerusi GPMS Pahang bersama Pegawai Khas Menteri Besar Pahang merangkap Penasihat GPMS meluangkan sesi beramah mesra bersama penuntut Malaysia di Jordan

No comments: