Sunday, May 30, 2010

Youth Xtravaganza Hari Belia Pahang 2010






GPMS Pahang telah menganjurkan Paintball Mania dan Program Kreativiti Grafiti Rakan Muda Rekacipta sempena Hari Belia Negara Peringkat Negeri Pahang yang diadakan di KOMBES Tepian Gelanggang pada 29 Mei 2010...sambutan ManTOP!

GPMS PAHANG GONDOL ANUGERAH BELIA PAHANG





KUANTAN 29 Mei - Bekas Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Datuk Suhaimi Ibrahim dipilih sebagai Tokoh Jasa Belia pada sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Pahang di Kompleks Belia dan Sukan, di sini hari ini.

Dengan penganugerahan itu, bekas Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) itu menerima hadiah wang tunai RM3,000 beserta plak dan sijil penghargaan.

Hadiah disampaikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob yang turut menyampaikan enam lagi anugerah yang dipertandingkan.

Persatuan Belia Felda Chini 3, Pekan dipilih sebagai penerima Anugerah Perdana Pertubuhan Belia negeri manakala bagi kategori Keusahawanan diterima oleh Jamaluddin Abd. Rahim dari syarikat pengiklanan, Fine Art Advertising Sdn. Bhd. di Bera.

Pensyarah Universiti Malaysia Pahang (UMP), Norashikin Mat Zain pula menerima anugerah bagi kategori Kemahiran dan Inovasi.

Pengerusi GPMS Pahang, Wan Emril Nizam Wan Embong pula dipilih sebagai penerima Anugerah Kepimpinan manakala Pengerusi Kelab Belia Bell Kuantan, Thiagaselan Muniam memenangi kategori Kesukarelaan.

Usahawan tani, Mohd. Azizi Abdul dari Syarikat Penternakan Ayam Kemayan Sdn. Bhd. memenangi kategori Wira Tani.

Suhaimi, 50, ketika ditemui berkata, rajin menuntut ilmu, berdisiplin dan sentiasa memberi komitmen yang tinggi kepada setiap perkara yang dilakukan adalah asas untuk berjaya di samping mempunyai keinginan untuk membantu masyarakat.

Menurutnya, ilmu pengetahuan yang tinggi sangat penting dalam menjadikan seseorang belia dihormati masyarakat.

"Saya telah berkecimpung secara aktif dalam aktiviti belia sejak berumur 16 tahun dan sehingga sekarang masih lagi berminat membuat kerja-kerja sukarela," katanya.

Suhaimi yang juga salah seorang penerima Anugerah Tokoh Belia Peringkat Kebangsaan baru-baru ini berkata, golongan belia wajar diberi peluang untuk mengemukakan sebarang pendapat atau cadangan.

"Seperti kita tahu belia masa kini terdedah kepada teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Ia juga memberi kesan yang besar ke atas penyebaran ilmu dan maklumat terkini.

"Justeru, belia seharusnya kreatif dan berinovasi untuk membaiki taraf hidup dengan membangunkan ekonomi termasuk melalui ICT dan jangan sesekali menyalahgunakan sumber itu," katanya.

Tuesday, April 27, 2010

Skuad Jelajah Motivasi 1Malaysia.


SKUAD JELAJAH MOTIVASI TIBA DI KUANTAN MELIBATKAN SMK PANDAN, SMK GUDANG RASAU DAN SMK MAT KILAU , DIURUSKAN OLEH SETIAUSAHA GPMS PAHANG




MAJLIS PELANCARAN SKUAD JELAJAH MOTIVASI 1MALAYSIA OLEH
YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA, YAB TAN SRI MUHYIDDIN MOHD YASIN
DI UNIVERSITI MALAYA PADA 15 APRIL 2010

Thursday, April 8, 2010

GPMS bukan NGO eksklusif (lebih inklusif)

(Disiarkan di dalam akhbar Sinar Harian Pahang, 8 April 2010(Khamis)
KUANTAN – Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Pahang menolak tanggapan bahawa keahliannya adalah eksklusif untuk golongan terpelajar sahaja sebaliknya menegaskan ia adalah terbuka untuk semua golongan.

Presidennya, Jais Abdul Karim berkata, stigma masyarakat bahawa GPMS adalah untuk orang terpelajar sahaja perlu dihapuskan kerana GPMS memperjuangkan hak untuk semua golongan, tidak terhad kepada golongan tertentu sahaja.

Menurutnya, tanggapan seperti itu perlu dikikis kerana ia akan mengekang niat mereka yang berminat untuk sama-sama menyertai GPMS dalam memperjuangkan nasib bangsa dan pelajar Melayu

“Walaupun ada cawangan GPMS di sesetengah institusi pendidikan tinggi (IPT) menetapkan agar pucuk pimpinannya diterajui mereka yang memperoleh gred CGPA 3.0 ke atas, saya melihat langkah ini sebagai cara untuk menjaga kualiti kepimpinan.

“Namun itu tidak bermakna kita mengenakan syarat tahap pelajaran untuk dilantik sebagai pemimpin kerana apa yang penting ialah semangat untuk membela nasib pelajar Melayu,” katanya.

Kenyataan itu diberikan sebagai jawapan ke atas pertanyaan seorang pelajar IPT dalam sesi dialog yang mengemukakan isu tanggapan masyarakat bahawa GPMS adalah eksklusif untuk golongan berpendidikan sahaja.

Sesi dialog bersama kepimpinan GPMS itu adalah salah satu aktiviti dalam program Bina Insan anjuran GPMS untuk pelajar beberapa IPT negeri ini yang dijalankan di Kem Bina Negara, Felda Bukit Sagu.

Antara isu lain yang dikemukakan ialah kaedah yang digunakan GPMS untuk menarik minat lebih ramai golongan muda sebagai ahli terutamanya bagi belia yang tidak melanjutkan pelajaran di IPT.

Jais berkata, pihaknya akan memperkasakan cawangan yang ditubuhkan kerana mereka tidak mahu ada pihak yang akan terlepas dari mengikuti isu perjuangan GPMS dan sebagainya.

“Ahli cawangan ini akan menyebarkan isu yang diperjuangkan GPMS kepada saudara mara dan juga rakan-rakan agar mereka dapat menghayatinya bersama-sama.

”Selain itu, kita akan menganjurkan program kepimpinan lebih kerap di cawangan untuk memperkasa organisasi dan penjanaan pelbagai sumber yang diperlukan GPMS untuk mencapai matlamat,” katanya.

Tuesday, April 6, 2010

REGENERASI GPMS Bermula...


SRIKANDI TONGGAK PERJUANGAN GPMS PAHANG....
GPMS, SINGA PERJUANGAN BANGSA DAN DENYUT NADI PERJUANGAN MAHASISWA...

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL ROY KEPADA SETIAUSAHA GPMS PAHANG DAN YDP-YDP YANG TURUT HADIR PADA MALAM ITU ANTARANYA PEKAN, PAYA BESAR, KUANTAN, CHENOR, MARAN, KIPSAS, MUADZAM SHAH, JERANTUT...

MEDAN FORUM MEMPERTEMUKAN JAGOAN GPMS DUA ZAMAN, PRESIDEN GPMS KEBANGSAAN, JAIS ABD KARIM DAN PENASIHAT GPMS PAHANG, MUSTAPA LONG MEMBICARAKAN PERJUANGAN GPMS DULU, KINI, SELAMANYA.....

TANGGAL 2-4 APRIL, BERTEMPAT DI KEM BINA NEGARA BUKIT SAGU KUANTAN, GPMS PAHANG MENGORAK LANGKAH MEMULAKAN PROSES REGENERASI DAN PENGKADERAN SERAMAI 73 ORANG JUNDIY (BRIGED MUDA) DARIPADA UITM JENGKA, SHAHPUTRA, KIPSAS DAN KOLEJ PROFESIONAL MARA MENGHADAMI DAN MENELUSURI PERJUANGAN KERAMAT GPMS....

Friday, March 19, 2010

Pelajar gagal SPM 2009 akan dibantu: Muhyiddin


PUTRAJAYA: Kementerian Pelajaran dan Kementerian Sumber Manusia akan berbincang bagi menyediakan kaedah terbaik membantu pelajar yang kurang berjaya dan gagal dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran berkata, pihaknya serta agensi berkaitan akan memikirkan inisiatif bagi membantu pelajar terbabit menguasai kemahiran sesuai supaya mampu meningkatkan bidang pelajaran dan kerjaya mereka.
Kementerian Pelajaran juga tidak akan meminggirkan sekolah yang memperoleh pencapaian yang rendah. "Kita akan terus berusaha merapatkan jurang pencapaian gred purata sekolah terutamanya antara sekolah luar bandar dan sekolah bandar," katanya ketika berucap pada majlis Anugerah Kecemerlangan SPM 2009 di sini hari ini. Pada majlis itu, Muhyiddin menyampaikan sijil penghargaan kepada 10 sekolah pencapaian cemerlang SPM 2009, 10 pelajar cemerlang serta empat pelajar istimewa dan dua pelajar sekolah sukan cemerlang.


(GPMS Pahang amat bersetuju dengan usaha berterusan kerajaan untuk menyediakan ruang dan peluang kepada golongan "drop-out" @ tercicir ini melalui kaedah dan pendekatan yang lebih hands-on, ini kerana golongan ini kurang kecenderungan kepada kaedah berorientasikan akademik sebaliknya lebih berminat menceburi bidang vokasional, teknikal atau bersifat kemahiran . Wujudkan lebih banyak tabung atau dana kemahiran untuk membantu mereka didedahkan dengan latihan dan asas teknikal secara "hands-on" spt yang diamalkan di negara maju yang lain Jepun dan Jerman yang menitikberatkan aspek kemahiran vokasional sejak awal lagi .)